Friday, September 23, 2011

Ada Apa Dengan Mulut Kau?

Assalammualaikum...




Kisah Benar
Hari Ahad lepas aku jalan-jalan kat sekitar bandar Melaka dengan Ex Classmate aku kat STJ (Sains Tuanku Jaafar) dulu dengan menaiki bas..!
*Ye naik bas sebab aku belum ada lesen lagi!='(
Kawan aku tue datang lewat sikit masa tue..
Waktu pun da masuk Zohor, so aku pun pergilah surau yang ada kat Melaka Central tue..
Then lepas solat aku lepak lah dekat bangku yang ada kat luar surau tue..
Surau tue dekat dengan tandas awam yang kene bayar 0.30 sen sekali masuk...
Ada Mak cik yang dah lanjut umur jaga tandas tue..
Nak dijadikan cerita ada seorang pak cik nie masuk tandas tapi tak bayar tiket masuk tandas tue...
Then bila keluar je tandas tue mak cik tue dengan tiba-tibanya bertukar jadi SUPER MAK marah sangat-sangat dengan pak cik nie...
sampai terpekik terlolong terjerit-jerit kat pak cik tue...
Sampai terkeluar lah perkataan yang tak sepatutnya keluar dari seorang mak cik yang seusia dengan mak cik tue...!

Pernah tak korang berada dalam situasi macam nie??

Geram jugak lah aku dengan mak cik seorang nie...
Ape tak nya...time die tengah marah tue...ada beberapa orang kat situ cakap nie lah mulut orang MELAKA...biasalah tue!
Eh aku orang jati Melaka jugak tapi mulut aku tak macam mak cik tue ok!><"


Nampak tak apa kesannya kalau kita tak jaga mulut dari berkata perkataan yang tak sepatutnya??
orang kata...kerana nila setitik rosak susu sebelanga!
Erkk....tak nampak lagi??
Ok...cuba bayangkan kalau budak-budak pulak cakap benda-benda yang macam tue...
Mestilah orang sekeliling cakap mak bapak budak nie tak pandai didik anak ke??
*sori kalau terkasar bahasa!


Aku selalu bertanya manalah datangnya bahasa-bahasa yang macam nie...
Manalah diorang belajar cakap benda-benda yang tak elok macam nie...
Kat sekolah dulu tak ada pulak cikgu aku ajar cakap benda-benda macam nie..
Tapi hakikatnya dah selalu dah aku dengar orang-orang kat sekeliling aku bercakap macam tue!
Tak kira di mana saja dan tak kira masa!
Kat Laman sosial seperti Facebook pun boleh!


Dan aku rasa kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA memang tak ke mana pun dengan adanya rakyat Malaysia yang macam nie!


Boleh tak kat sini aku nak suka hatinya melabelkan orang yang selalu cakap bahasa yang tak sepatutnya nie sebagai orang yang tak educated??
Yela...bahasa seperti L*****t, C***i, F**k, dan sewaktu dengannya memang tak pernah diajar kat sekolah kan!


So marilah KITA sama-sama jaga mulut kita supaya tak jadi orang yang tak educated!=)


Sekian.


Nota Coretan : Selalu kena makan pelempang kalau cakap benda yang tak sepatutnya depan parents!







38 comments:

  1. saja la tu nak menambah bahasa..biar tebal sikit kamus DBP. buat bahasa baru..

    ReplyDelete
  2. mesti cakap tercarut-carut. geram punya pasal kan? ape pon boleh jd

    ReplyDelete
  3. biasalah , nanti boleh letak dalam karangan , dpt ler markah bahasa lebih , hihi .

    ReplyDelete
  4. sangat anti dengan org yg suka ckp mencarut2!!! xsuka sangat2...

    ReplyDelete
  5. kan? pelik jugak dari mana diorang dapat perkataan2 tu...adesss~

    ReplyDelete
  6. lorh..hang kt melaka..awat tak ajak aku kuar sekali..mwahaha..

    ReplyDelete
  7. huh!! dgr cerita orang melaka mulut terlepas. tp rasanya bukan melaka je. semua negeri sama. duk KEY EL pun sama je.haha..
    budi bahasa budaya kita. lain orang, lain ragam. :)

    ReplyDelete
  8. Orang melaka ni kaya dengan bahasa. kalau perkataan2 tu keluar ketika sedang marah mungkin setiap perkataan yang keluar tu adalah apa yang dimaksudkan tetapi budaya orang melaka memaki hamun seorang sahabat atau saudara mara kerana sudah lama tidak bertemu itu adalah tanda kemesraan. kalu tak percaya datang la ke bumi melaka dah perhatikan orang2 melaka bercakap terutama golongan tua. mukadimah bertegur sapa dimulai dengan memaki hamun terlebih dahulu barulah bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan tanda keakraban.

    ReplyDelete
  9. rasanya tersilap situasi kut...abg ipar aku org melaka..so memang selalu jugak la nampak dia maki hamun orang, tapi for him, itu normal sebab bukan marah, just gurau2 dengan mber2..kalau yg tak biasa mmg terkejut la..rse nak larik pun ade...haha..ntah...x tau..mmg style cam tu kot...mike x tau, mike org perak...^^

    ReplyDelete
  10. o' ooooo... ni yg takut nak kawan org Melaka ni. mungkin cara mereka bergurau agak kasar. ai ni sensitif.. ;)

    ReplyDelete
  11. tak logik betul judge percakapan berdasarkan orang tu dr negeri mana. kalau macam tu, orang kedah, orang penang pon cakap kasar kowt.

    ReplyDelete
  12. mulut orang tak boleh nak tutup. tapi diri sendiri perlu mengawal. :)

    ReplyDelete
  13. fadli lain kali pelempang je. haha, em orang cakap kasar. kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan. sy selalu je dgr org Malacca ni kasar2 bahasa nay . taktau sejauh mana kebenarannya

    ReplyDelete
  14. bukan sebab dia orang dari negeri mana. tapi atas diri sendiri dan didikan yang dia terima dan amalkan. kalau dari kecil pandai berbudi bahasa, mustahil untuk dia gunakan bahasa kasar dekat orang.

    ingatan untuk suha jugak untuk berbahasa baik dengan orang lain , yeahh :)

    ReplyDelete
  15. time study dulu, ada gak member ckp "org melaka kalau ckp memang mcm tu".. tp tak amik port sgt sbb semua bgtg pd diri sendiri..

    jom singgah sat kat sini
    yazidy tak suka pura-pura


    Hizami Li cakap pasal daniel adie

    ReplyDelete
  16. xsyg mulut btul..slp ari bln kene cili..haihh

    ReplyDelete
  17. hihi...setakat nih belum
    tapi selalu orang cakap
    biasa la budak KL, memang macam tu

    adoyai, tak semua budak KL macam laaa
    grrr...

    ReplyDelete
  18. Skrg ni, ni la masalahnya..
    Smua budak2 da dpt pendedahan yg x baik drpd ibubapa mereka sndiri..
    Sya pernah menghadapi stuasi yg sama semasa berbuka puasa dan menunggu azan isya..
    seorg bdk smnjg berkata begini kepada seorang bdk sbh..
    "Hye, orang Sabah pendek-pendek bodoh kn?"

    Bygkn klu korg ada dpn bdk tu.. apa yg korang buat.. budak tu dlm tingkatan 2 mcm tu..

    ReplyDelete
  19. correction oke..!
    bukan jati melaka larh..
    kau kan BUGIS..!!!heshhh..ta mengaku asal usul betul..

    ReplyDelete
  20. huhu,....ganas makcik2 skarang nih..

    ReplyDelete
  21. best..
    pesanan ringkas yang berkesan..

    apa2 nak ckp
    len kali fikir dulu..
    tak rugi pun kalau bertolak ansur dengan oran glain kan??
    apatah lagi kat orang2 yang sudah lanjut usia.

    ReplyDelete
  22. Budi bahasa budaya kita.

    peaceeee... ^^,

    ReplyDelete
  23. huhu mmg kena jaga bahasa kita kan..
    bahasa mencerminkan peribadi kita..

    ReplyDelete
  24. dia mmg pure melaka kot.
    mcm kita ni melaka campur2 tak biasa maki maki maki ni, apapun masih in love dengan melaka, :D

    ReplyDelete
  25. bukan org melaka jaa..
    sume tmpt adaa .. >.<

    ReplyDelete
  26. Assalam~ ^___^

    err..sori, As perantau kt negeri Melaka neh. N sori jugak, mmg ramai yg ckp, org Melaka mmg cenggitu.

    MoreOver, pena kene kat diri sendirik. sOb. sOb. Tak tau ape salah, tetibe jek kene tengking. Parent pn xpena marah cenggitu skali. Huhu.

    Tapi..bahasa & budaya neh terpulg pada diri sendiri na jd mcm mane. ^____^ Kite kan serumpun.

    ReplyDelete
  27. aku pun orang melaka jugak.

    tapi relax je

    :P

    ReplyDelete
  28. kene amek lesen cepat cepat ,. ta ad la kene naek bas lagi :DD

    kebanyak kan orang melaka memang cakap kasar ,. maaf la yer ,. ini ap yang berlaku depan mata zana ,.

    n zana pernah jugak kene tengkik dengan sorang pomwan nie sebab zana terlanggar bahu die ,. malu nye ta paya cakap ,. teros terdiam zana ,.

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete
  29. kene amek lesen cepat cepat ,. ta ad la kene naek bas lagi :DD

    kebanyak kan orang melaka memang cakap kasar ,. maaf la yer ,. ini ap yang berlaku depan mata zana ,.

    n zana pernah jugak kene tengkik dengan sorang pomwan nie sebab zana terlanggar bahu die ,. malu nye ta paya cakap ,. teros terdiam zana ,.

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete
  30. huh... tak tahulah dari mana dia org belajar. kita yang dengar pun dah sakit telinga.

    ReplyDelete
  31. org yg byk ckp lg senang nk tampilkn ketidakpandaian die :) folo awk

    ReplyDelete
  32. i org melaka!!i pling xske klau org ckp "mulut org melaka ni mmg "mcm tuu" . ssah la nk ubah persepsi org trhadap org melaka . sedihh =(

    ReplyDelete
  33. ooo...mak cik tu..

    dia memang macam tu...kita bayar siap cakap terima kasih + senyum ikhlas dia sikit pun tak respon....


    tang pakcik tu kena macam tu..memang tak patut...ini bukan sebab orang melaka atau tak..ini sebabkan mulut makcik tu habis bahasa melaka binasa...hehehe...

    ReplyDelete
  34. huhuhu..x baikk la ckp bkn2 kan..dosa arr

    ReplyDelete