Thursday, March 15, 2012

Mesir:Laut&Sungai yang tak bercantum!

Assalammualaikum...

Selepas habis aktiviti mengutip kerang tempoh hari..
kitorang mengambil kesempatan berjalan-jalan sekitar Dumyat..
Yela..bukannya selalu pun kitorang ada masa untuk ke Dumyat kan!
Kitorang pergi Rak'sul Bar..



Korang pernah dengar pasal Rak'sul Bar???


Hah..inilah tempat pertemuan antara LAUT MEDITERANEAN dan SUNGAI NIL!
Kalau nak tahu...Sungai Nil nie sungai yang terpanjang di dunia..
panjangnya dari negara Kenya sampailah ke Mesir!

Kalau korang sampai kat sini..korang akan dapat lihat bahagian laut yang berombak dan bahagian sungai yang sangat tenang dan rumah api merah tue dijadikan tanda pertemuan laut dan sungai tue!





Kisah laut dan sungai yang tak bercantum nie jugak ada disebut dalam 
surah Ar-Rahman ayat 19-20 : 


[19]مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ  
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu


[20]بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya


Subhanallah...ternyatalah kebenaran ayat Al-Quran tersebut!
Alhamdulilah aku diberikan kesempatan untuk melihat salah satu kebesaran ciptaan Allah S.W.T~ =')




Sekian.

Nota Coretan : Mahu promosi lagi... >> TWITTER AKU! << =.="











Saturday, March 10, 2012

Kutip Kerang MESIR!!

Assalammualaikum...

Lepas exam midterm tempoh hari memang tak tahu apa yng nak dibuat..
sangat BOSAN!
So my friends and I decided nak pergi menghabiskan masa yang terluang dengan MENGUTIP KERANG sebab hujung-hujung winter nie biasanya banyak kerang yang terdampar di tepi pantai!
Selain tue dapatlah melepaskan segala tekanan dalam exam yang dah lepas tue!


Dari tahun lepas sebenarnya kitorang dah dengar pasal aktiviti kutip kerang kat Mesir nie dari senior & ustaz yang belajar kat sini...
Alhamdulilah tahun nie diberikan kesempatan!
That day, kitorang kutip kerang kat Dumyat.
Dumyat terletak agak jauh laa daripada Tanta.
Mengambil masa 3 jam perjalanan.
Kawasan kat Dumyat memang cantik kalau nak dibandingkan dengan Tanta.JUJUR.
Kawasan perumahan kat sini agak tersusun dan bersih..sedaplah mata memandang.
Tambahan pula kat sini ada chalet dan pantai yang cantik!
Bolehlah dijadikan destinasi percutian!


Sampai je kat pantai..memang excited gile sebab first time kot kutip kerang nie..
kat Malaysia pun mana laa ada kutip kerang..beli je kat pasar!haha
Kitorang dah siap sedia dengan baldi masing-masing dengan harapan kutip kerang seberapa banyak yang termampu!






Memang banyak gila kerang kat pantai tue..
Saiz kerang kat sini pun memang besar bapak punya pon ( ayat johan )
Berbanding kerang kat Malaysia memang comel-comel belaka kan!
Agaknya kerang nie ikut saiz orang sekeliling kot...orang Arab kan lagi besar dari orang Malaysia!
Okayy JOKING!=.="
Kalau kutip semua kerang kat sini memang boleh buat bisnes laa...untung besar punya!



So inilah dia hasil kutipan kerang kitorang hari tue!
Tak termasuk pak cik driver nie ye...tue kat atas van tue ada 2 guni!
Banyak gila kan..boleh buat kenduri!


Dah penat-penat kutip kerang tue..
kitorang pun pergilah melahap seafood kat Dumyat nie..
Maklumlah duduk kat Tanta nie asyik makan ayam & daging je..
Sekali-sekala nak jugak rasa seefood kan!
Memang Ohsem!




Sekian.

Nota Coretan : Nak promote sikit...aku dah mula berjinak-jinak dalam dunia TWITTER...So sape yang ada Twitter tue bolehlah >> Tweet Aku! <<





Sunday, November 27, 2011

FB Lahirkan Ramai PENGULAS BOLA!

Assalammualaikum...

Semua mesti tengok kan Malaysia lawan Bahrain..!
To be honest aku tak tengok pun sebab aku duduk kat Mesir nie malas nak tengok online...
So aku bukak laaa Facebook...
Rupanya melalui Facebook pun korang akan tahu perkembangan perlawanan bola antara Malaysia dengan Bahrain tue..
Setiap saat mesti ada orang akan post pasal perkembangan terbaru perlawanan tue!^^~
Thanks laa kat kawan-kawan yang sentiasa update pasal perlawanan tersebut!






Ada macam-macam status yang diupdate...
Ada yang komen pasal perlawanan bola sepak tue....ada juga yang komen pasal pemain bola sepak tue sendiri!
Seriously sangat terhiburlah dengan bermacam-macam status kawan-kawan FB malam tue~!
Nampak laa semangat patriotik dalam diri masing-masing!
Aku pun tak melepaskan peluang untuk memberi komen!





Akhirnya sudah ditakdirkan Malaysia kalah dengan Bahrain 3-2 kan!T,T~
Apa yang aku kesal bila lepas perlawanan tue ada pulak sesetengah orang yang update status yang memaki hamun + mengutuk + komen yang negatif kepada pasukan Malaysia....
PELIK...!!
Time perlawanan bukan main lagi puji-puji pasukan sendiri....
Bila dah kalah ke mana hilangnya semangat patriotisme tue ye???

Sekian.

Nota Coretan : Pening memikirkan hal nieyh!=.="~ 













Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #6

Assalammualaikum...




Sekian.

Nota Coretan : Lukisan yang menampilkan seekor UNTA CACAT nie ditemui bila aku jalan sorang diri di sekitar Tanta.Dengar cerita lukisan nie hasil karya 
Ken Karin ......Mungkinkah adik kepada MAYA KARIN???

Monday, November 21, 2011

Orang Mesir Yang KELIRU!

Assalammualaikum...

RINDUNYA kat blog aku!!!!
RINDUNYA kat rakan coretan aku!!!!='(
Sorry guys dah 4 minggu tak hupdate blog kan!

Korang tahu tak orang-orang Mesir nie ade satu penyakit!
Tapi bukanlah penyakit yang teruk sangat sampai boleh berjangkit dan membawa maut tue!
Orang Mesir nie sebenarnya tak tahu sangat nak bezakan muka-muka orang Asia nie!

Bila aku jalan-jalan dengan kawan-kawan aku mesti ada je orang-orang Arab yang tanya kitorang nie orang Thailand ke Jepun ke Korea ke Vietnam ke Cina ke...
Agak kelakar lah jugak tengok kegigihan diorang tanya kitorang macam tue!
Ada tue sambil kitorang jalan mesti ada orang-orang kat situ jerit "Ni Hao" atau "apa khabar" dalam bahasa Cina!

Seriously seronok laa jugak dapat soalan macam tue hari-hari...
Nak-nak bila ade orang tanya kita nie orang Korea ke!
Bolehlah SYOK SENDIRI kan!^^~


Sekian.

Nota Coretan : Aku bangga jadi ANAK MALAYSIA!

Saturday, October 22, 2011

Penat + Busy Menjadi RETIS!

Assalammualaikum...

Okay...aku tahu tajuk kat atas tue memang menampakkan aku BAJET HOT!
haha...
Tapi nak buat macam mana...
Aku tak tahu lagi macam mana nak gabungkan dua ayat...
Sekarang nie aku tersangatlah busy dan penat menjalani hidup sebagai 
second year medical student!
Mana tak nya...
Lebih kurang SEMINGGU aku TERTINGGAL kelas sebab kelas bermula sebelum aku sempat sampai ke Mesir!
*bukan saja-saja ponteng ye!=)
Walaupun seminggu dah kelas bermula...banyak dah aku ketinggalan!
So orang lain tengah berlari-lari anak...aku pulak kenalah pecut!^^
Sebab tue jugak lah aku dah lama tak update coretan aku nie!
Sorry banyak-banyak!

Then sambungan ayat dalam tajuk tue pulak...
Aku berasa sangat bertuah sebab telah ditemu bual oleh Eddy Syrol !
Bertuah okayy sebab dapat masuk dalam segmen yang sangat popular kat blog beliau!


Korang boleh laa usha temu bual tue di sini ya!=)
>> Klik Sini! <<

Sekian.

Nota Coretan : Busy.Busy.Busy!=.="~

Wednesday, October 19, 2011

Penat Menuggu...Akhirnya Keluar Juga!

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah berkurun lamanya aku tunggu full MV untuk lagu terbaru kumpulan SNSD yang bertajuk The Boys..!
Dah lama dah diorang nie asyik keluarkan teaser untuk MV terbaru diorang nie...!




Agak gempak lah jugak MV terbaru daripada SNSD nie...
Dan yang semestinya bagi aku yang paling menyerlah tak lain dan tak bukan Soo Young laa..!
Ehh...aku suka jugak tengok style rambut si Sunny tue!


Cukup laa membebel tue kan...
So jom kita layan MV terbaru dari SNSD!
Lagu nie jugak ada dalam versi English..
Memang mantap lah SNSD!







Macam-macam laa komen yang aku baca kat Youtube tue...
Ada yang puji tak kurang jugak ada yang kutuk...
Korang macam mana?


Sekian.


Nota Coretan : Go SNSD...Go!=)