Wednesday, April 20, 2011

Hey..Jangan Lupa Tanggungjawab ok!!

Assalammualaikum...

Alhamdulilah hari nie diberikan kesempatan untuk mengupdate blog!=)
Ada sesuatu yang hendak dicoretkan di sini.
Untuk peringatan buat diri ini khususnya dan buat rakan-rakan amnya~

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. ( empat perkara itu ialah ) Apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran ( Menegakkan benang yang basah )." -Riwayat Ahmad.


Mesti ada antara korang yang pernah terbaca Hadith nie kan.
Coretan kali ini aku nak memfokuskan salah satu sifat yang ada pada Hadith di atas iaitu 
"Apabila berjanji ia mungkir"

Sudah terang lagi bersuluh hadith nie mngatakan orang yang munafik nie memang susah untuk diberikan kepercayaan atau lebih tepat lagi AMANAH atau TANGGUNGJAWAB.
Kalau diberikan amanah je mesti individu yang munafik nie tak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Kalau sesuatu tanggungjawab tue tak dilakukan dengan sempurna, cuba fikirkan kesannya kepada diri dan orang lain. Nie belum lagi cerita pasal tanggungjawab kita kepada Allah. Lagi besar natijahnya!

Okayy..
Cuba bayangkan anda berada dalam situasi ini...
Korang duduk serumah dengan kawan-kawan korang. Dalam rumah tue dibahagikan pula tugasan harian masing-masing. Ada yang kena basuh baju, memasak, kemas rumah, cuci tue cuci nie dan lain-lain.
Cuba bayangkan kalau salah seorang ahli rumah tue tak laksanakan tugasan diorang dengan baik. Apa impaknya kepada rakan-rakan yang lain??
Kalau si tukang basuh baju tue tak laksanakan tugas dengan sebaik mungkin, habislah housematenya pakai baju kotor & busuk nanti!
Kalau si tukang masak pulak buat hal dan tak nak masak??
Habis satu rumah kebulur!
Dan lebih teruk lagi kalau si tukang masak tue beli je makanan kat luar dan makan depan housematenya sambil kata "Hari nie aku tak masak".
Cuba fikir apa perasan housematenya?

Itulah antara kesan-kesan orang yang munafik yang bila berjanji ia mungkir.

Mungkin ada readers yang mempersoalkan semangat kerjasama di sini.
Come on laa...orang lain pun busy jugak dengan kerja masing-masing selain kerja di rumah tue.
Tapi orang lain boleh melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Mengapa tidak kita??

So, tepuk dada tanya iman ya!
Renung-renungkan....dan selamat beramal!^^~


Sori kalau emotional sangat dalam coretan kali ini..
Peace!=)

Sekian.

17 comments:

MG said...

em kalau sumone ni slalu janji nk trun g klas ke pkul skian2 then dy selalu xtrun ikot masa(lambat)..cne lak..kre mungkir gk x?

fadlisabri said...

Die turun gak kn....tapi x tepati mase je~

aliarosli said...

ek? nape tetibe gambar sesat kat bawah tue?

jap nak tanya, tapi macam takpe lah

thanks sharing

fadlisabri said...

tnye ape?

benz said...

aaa~~ sjak bile ko pkai spek ni???
hahahha..

fadlisabri said...

spek kwn aq laaa!haha...^^~

benz said...

OooOO..sje nk tunjuk ke-macho-an ble pkai speky ea???
ahahhaha

papepun...NICE!!!!

ea..ko x wish bufday ak lg...smpai ati...huhuhuhu TT__TT

fadlisabri said...

nampak macho ke??
hehe...=)

The Medical Duo said...

Salam fadhli TQ sudi mai ke blog ana..

enta mesir study kat ner ek?

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

Kalau sudi meh la follow skali noh? semoga Allah merahmati hidup enta salu. Amin..

Anonymous said...

nak sgt tengok camp rock final jam tu! :)

fadlisabri said...

Salam the medical duo...
ana di Tanta..
Ameen~

fadlisabri said...

Qila..saya tgk cite 2 pown mse dlm flight nk ke Egypt...lau x..x tgk pown~
hehe

The Medical Duo said...

ouh yeke.. ana Izzah. Ana punye co- admin Imran 3rd year kat kasr alainy. TQ ye follow kami. Ana follow anta gak ni

fadlisabri said...

o0..ana baru 1st year...=)
afuan~
mashi2~

aeshcame said...

Hrmm..doa agar kte x tergolong dlm golongan itu laa..amin

fadlisabri said...

ameen~

Cik RoSs said...

"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. ( empat perkara itu ialah ) Apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran ( Menegakkan benang yang basah )." -Riwayat Ahmad."

Tiba2 akak teringat masa zaman sekolah dulu.Masa tu form 3...nak exam..

Hadis tu ( yang di atas ) akak dan kawan2 akak kena hafal..

Cara yang paling senang kami nak hafal hadis2 adalah memasukkan rentak lagu yang popular masa tu nyanyian ct..Cindai..

Sampai sekarang akk ingat lagi hadis tu..eheehehee