Tuesday, August 23, 2011

Mesir Memerlukan Kalian!!

Assalammualaikum...

Wahh...tak kurang seminggu je lagi kita akan menyambut raya kan!
So macam mane persiapan raya korang??
Mesti dah ada yang beli baju baru seluar baru perabot baru kereta baru...semua yang baru-baru lah ye tak!
Seronoknya kan!=)

Hurmm...seronok seronok juga...
tapi pernah tak KITA terfikir.... 
macam mana lah persiapan orang-orang yang tak berkemampuan macam kita nie...macam mana lah hidup diorang kan...diorang dah beli ke persiapan untuk berhari raya diorang??
Hah..ingat lagi tak kat pak cik dan budak kecik dalam 
>> Sambungan Demi Sesuap Nasi << tak lama dulu??
Macam manalah keadaan diorang sekarang kan??

Untuk pengetahuan korang...
Kami pelajar-pelajar Malaysia kat Mesir nie ada buat satu program kemasyarakatan yang dinamakan JOM! KASIH RAMADHAN 2.0 anjuran Agensi MEDIC MESIR 


Apakah JOM! KASIH RAMADAHAN??

Kempen nie bermula pada 23 hinggalah 27 Ramadhan...
Dan dalam tempoh 5 hari nie kitorang mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 130,000 LE.
Anda yang berminat DIGALAKKAN untuk membuat sumbangan ikhlas sebanyak RM 20.
RM 20 besamaan dengan 40 LE (matawang Mesir).

Sumbangan 130,000 LE untuk siapa??

1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.

2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
Kasih eShrin ( eshrin dalam bahasa arab bermaksud 20) adalah sumbangan pak makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).


3. 20,000LE untuk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.

4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.

5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland.

Bagaimana untuk menyumbang??
Anda boleh menyalurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun
  'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Sila maklum email slip bank in secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

Sebarang pertanyaan korang boleh berhubung dengan Pengarah program kitorang di Malaysia..
                                             Aiman Jusri ~+60133746393

Anda juga boleh join kami di >> FB Program Kemasyarakatan Pelajar Perubatan MedicMesir << 
atau ke
>> Blog Jom Kasih Ramdhan Medic Mesir << untuk mengetahui perkembangan program nie..=)

Kawasan Tempat Tinggal Mereka yang susah...



Mereka yang Memerlukan Bantuan Anda.....



Hayati....

Ini kat Tanta...
Aku selalu je lalu kawasan nie untuk pergi ke Gamaah ( University )...='(




Sekian.

Nota Coretan :


                                 Ya Allah...kembalikan keceriaan buat mereka yang kedukaan..
Ya Allah...gantikan tangisan mereka dengan senyuman..
Ya Allah...jika ini ujian maka berikan mereka kekuatan..






21 comments:

Anonymous said...

kesian nya mereka ;(

nurshaf said...

smoga usaha korang dapat perhatian dan diberkati Allah

Anonymous said...

kdg2 negara kita sendiri pon ad bnyk mslh ni...apatah lagi nk tolong negara lain.

fadlisabri said...

Cik Anonymous....
sila rujuk point yg no 5 tu ye..

"5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland."

Sumbangan nie bukan sahaja untuk rakyat Mesir~
thanks~

Namee Roslan said...

insyaAllah. kita same2 usaha dalam hal ni. bantu apa yang patut. txs for tagging fadli ;)

Unknown said...

moga dipermudahkan urusan kalian

Ri said...

usaha yang mulia- moga dilimpahi rezki.

komen seterusnya tak berkaitan.
cuma nak ucap tahniah kerana doc shortlisted untuk mendapat header makeover oleh cikgu hizami :)

miera said...

good job korang.

Liza @ Adzriel AB said...

sedikit2 terkumpul drp semua para muslim Insyaallah akan jadi banyak. sedih tengok keadaan mereka.

nurkaloi said...

kita di sini terlalu mewah kalau nk dibandingkan dgn mreka hmm ~__~'

C i k P i p i T e m b a m said...

kesiannyaaa ... kita dh lama tringin nk p sana ... amek sorang jd anak angkat . boleh ?

tieha ismail said...

kita ni kira bersyukurlah kan?

lavenderlover said...

sy fhm sbb ada gak keadaan mcm ni di mansoura..ada yg sedih sgt x berumah duk tido kat tepi hospital tu..T_T..anyway, x blik malaysia thun ni?

sully86 said...

hello

Ariena Hisham said...

InsyaAllah :) Semoga apa yg diusahakan tercapai. Amin~

Unknown said...

oh, member aku ade gak cite sal nih.. aku mampu doakan je kot..dr segi wang aku tak dapat la weyh..belajar lagi nih..hehe..gdluck erk tuk korang kat sana :D

Anies Anessa said...

rasa sedih tengok kanak2 tue..sama2 la kita membantu ringankan beban mereka kan..

salam ramadhan

notaComeI said...

Semoga program ni berjaya mencapai misinya. Amin.

Anonymous said...

sedey nye tgk keadaan dorang..
tp masih lagi mampu nk buat muka ceria
tabahnye dorang..

fiqah said...

satu pendkatan yg murn..moga ALLAH mmpermudahkan stiap urusan..

Sarah Khan said...

doakan yang terbaik untuk mereka ;)