Segment Corat Coret Egypt kali ini aku nak bawa korang semua melawat ke tempat yang paling femes kat Egypt nie..Giza!^^~
Sape pernah pergi??
Mesti ada yang belum berkesempatan ke tempat nie kan??
Giza nie terletak atas sikit daripada ibu negeri Egypt ini...iaitu Cairo atau dalam bahasa omputehnya...Kaherah!
Sepanjang perjalanan ke sini korang akan nampaklah pemandangan padang pasir...Cantek!!
Yang korang perlu lawat bila dah sampai kat sini mestilah piramidnya!=)
Tapi...nak masuk piramid nie bukan free ok!
Kalau foreigner atau bahasa omputehnya pelancong asing lebih kurang...kenalah bayaran sebanyak 60 LE..seperti yang tertera kat dalam gambar tue...
Tapi kalau student yang belajar kat sini dan bawak card student..dikenakan bayaran sebanyak
30 LE je...kalau tak silaplah..
Jangan keliru...!
Bayaran nie dikenakan kalau korang nak merayau-rayau kat sekitar piramid tue je ok...
Kalau korang nak masuk dalam piramid tue pulak...kenalah bayar sebanyak 100 LE..=.="
Bila keluar je dari kaunter tiket dan masuk pintu utama..korang akan nampak piramid yang terbesar sekali...iaitu piramid yang pertama...piramid nie ada name...tapi aku dah lupa!
Sebelum aku terlupa terus...dalam kawasan nie ada 3 buah piramid dan 1 sphinx...yang muka firaun tue!
Dalam kawasan nie..korang boleh pilihlah sama ada nak travel guna kereta ke jalan kaki ke ataupun naik unta!
Berpeluh jugaklah ketiak kalau korang jalan-jalan kat sini..!hehe...
So...buatlah pilihan yang tepat!
Gambar kat atas nie pulak merupakan piramid yang kedua...ada name jugak piramid nie...tapi macam biasa...aku lupa!
Nie pulak pemandangan di sekitar piramid tue....macam padang pasir kan....
memang padang pasir pun!adehh......=.="
Tempat nie pulak dinamakan Panorama sebab kat sinilah korang boleh merakamkan gambar ketiga-tiga piramid tue!
Hanya photographer yang profesional macam aku je boleh tangkap gambar tiga-tiga piramid nie!^.~
Dah penat-penat merayau kat kawasan piramid tue korang bolehlah tangkap gambar yang macam kat atas nie...
Pose nie lah yang paling kerap dilakukan oleh para pelancong yang datang ke sini...
[Gambar kat atas nie tak nampak seakan-akan aku memegang bucu piramid tue kan?? Mungkin photographer yang tangkap gambar nie patut dipersalahkan!hehe...=P]
Ok..ini pulak hasil kerja tangan photographer yag profesional macam aku!
hehe....=)
So, kalau ada masa yang terluang korang bolehlah melawat piramid nie ok..!
Hai semua..sekarang nie aku nak cerita lak pasal benda yang aku suka buat time aku bosan..@@
Kalau nak tahu, kalau aku rasa bosan jek aku akan menyumbat telinga aku dengan earphone dan buka lagu dengan volume yang super maximum!haha...^^
"Dont try this at home!!"
Salah satu penyanyi yang tak berapa popular yang aku suka dengar bila diorang menyanyi....Sam Tsui..
hah???sape lak Sam Tsui nie??
haha...Dia nie dah banyak buat record lagu kat youtube..banyak lah jugak video yang dia record. Kalau korang nak dengar, pergi je kat youtube dan search name dia!
Sedap lah jugak mamat nie menyanyi...bagi aku lah...tak tahu la plak pendapat korang..=.='
So, hope korang enjoy dengar lagu si Sam Tsui nie ok!=)
Seperti yang semua tahu,ada yang tak tahu kot....sekarang aku telah bermaustatin di bumi anbia nie...baru lagi...baru 2 bulan lebih!Alkisahnye...aku dapat tawaran sambung belajar kat sini..jurusan apa???aku ambil medic kat Tanta University.Insyallah kalau tak ada aral yang melintang mahupun terbongkang aku akan belajar kat sini selama 6 tahun..huhu..^^
Cukupla cite pasal aku...terase tengah terangkan biodata diri lak!haha...ok2...skang nie aku nak cite pasal egypt nie especially pasal tempat tinggal aku sekarang,Tanta...
1st sekali nak cerita pasal lalu lintas kat egypt nie...... kalau korg nak tahu..lalu lintas kat egypt nie memang sangat sibuk...tak tahu laa kenapa.
Pada firasat aku..diorang nie tak ade undang-undang lalu lintas yang ketat kowt...@@ mana taknya..kadang-kadang selalu lorong yang hanya ade 3 boleh jadi sampai 5 lorong!haha..
Orang-orang kat Tanta pula agak peramah lah kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain kat egypt nie...=)
Makanan kat sini pulak??Bagi aku...boleh la masuk dengan selera aku nie...^^
Tapi ada juga lah makanan yang tak lepas or tak ngam dengan selera aku nie!especially diorang punya jeruk sayur...memang aku tak lalu makan!=.="
Air gas nie pulak memang antara kegemaran orang-orang kat sini...1st time aku minum memang rase cam nak terbakar jek tekak nie...kuat kowt diorg punya gas!Adehh...tapi lama kelamaan dah imune dah!haha....
Ini pula tempat diorang termasuk aku membeli belah!Tempat nie dinamakan Awaal Bah...kenapa dinamakan camnie??aku pun tak tahu!Barang-barang kat sini agak murah lah dari tempat-tempat lain...! Nak tengok Universiti aku yang tesergam indah tak??? haha....ok..!nie lah Universiti aku!
Setiap hari aku akan jalan kaki dari rumah aku untuk ke sini..tak jauh la juga jaraknya..lebih kurang 15 minit jalan kaki je..Tapi kadang-kadang rase malas nak jalan kaki aku dan kawan aku naik tut-tut je pergi Universiti!Apa pendapat korang??cantik tak Universiti aku??
Hope korang dah tahu serba sedikit gambaran kehidupan kat sini.Nanti KALAU rajin aku cerita lagi ok!=)