Assalammualaikum...
Alhamdulilah hari nie diberikan kesempatan untuk mengupdate blog!=)
Ada sesuatu yang hendak dicoretkan di sini.
Untuk peringatan buat diri ini khususnya dan buat rakan-rakan amnya~
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. ( empat perkara itu ialah ) Apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran ( Menegakkan benang yang basah )." -Riwayat Ahmad.
Mesti ada antara korang yang pernah terbaca Hadith nie kan.
Coretan kali ini aku nak memfokuskan salah satu sifat yang ada pada Hadith di atas iaitu
"Apabila berjanji ia mungkir"
Sudah terang lagi bersuluh hadith nie mngatakan orang yang munafik nie memang susah untuk diberikan kepercayaan atau lebih tepat lagi AMANAH atau TANGGUNGJAWAB.
Kalau diberikan amanah je mesti individu yang munafik nie tak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Kalau sesuatu tanggungjawab tue tak dilakukan dengan sempurna, cuba fikirkan kesannya kepada diri dan orang lain. Nie belum lagi cerita pasal tanggungjawab kita kepada Allah. Lagi besar natijahnya!
Okayy..
Cuba bayangkan anda berada dalam situasi ini...
Korang duduk serumah dengan kawan-kawan korang. Dalam rumah tue dibahagikan pula tugasan harian masing-masing. Ada yang kena basuh baju, memasak, kemas rumah, cuci tue cuci nie dan lain-lain.
Cuba bayangkan kalau salah seorang ahli rumah tue tak laksanakan tugasan diorang dengan baik. Apa impaknya kepada rakan-rakan yang lain??
Kalau si tukang basuh baju tue tak laksanakan tugas dengan sebaik mungkin, habislah housematenya pakai baju kotor & busuk nanti!
Kalau si tukang masak pulak buat hal dan tak nak masak??
Habis satu rumah kebulur!
Dan lebih teruk lagi kalau si tukang masak tue beli je makanan kat luar dan makan depan housematenya sambil kata "Hari nie aku tak masak".
Cuba fikir apa perasan housematenya?
Itulah antara kesan-kesan orang yang munafik yang bila berjanji ia mungkir.
Mungkin ada readers yang mempersoalkan semangat kerjasama di sini.
Come on laa...orang lain pun busy jugak dengan kerja masing-masing selain kerja di rumah tue.
Tapi orang lain boleh melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Mengapa tidak kita??
So, tepuk dada tanya iman ya!
Renung-renungkan....dan selamat beramal!^^~
Sori kalau emotional sangat dalam coretan kali ini..
Peace!=)
Sekian.