Sunday, March 27, 2011

~ Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Tanta ~

Assalammualaikum...

Korang dah makan ke belum nieyhh??
Kalau belum....
Meh sini aku Belanja korang makan!!
Heee....silalah korang rasa hampa dan kecewa sebab aku main-main je tadi!=)

Alkisahnya...

Semalam aku dan BFF aku telah ditugaskan untuk mencari makanan sempena kedatangan Pengawai Dewan Perwakilan Mahasiswa Kaherah ke Tanta.
Dipendekkan cerita, cari punya cari kitorang pun terjumpalah restoran Hadarulmaut atau nasi beriyani atau nasi arab kat pinggir kota metropolitan Tanta nieyh..!


Perut dah berkeroncong sebab pagi tu kitorang tak sempat nak breakfast kat rumah...almaklumlah..orang busy kalahkan PM lah katakan!So, kitorang pun mengambil kesempatan untuk merasa makanan kat sini..!


Nasi Mandy


Nasi Frun


Nasi Mashwi

Terasa lapar secara tiba-tiba??
Sila jilat screen anda ye!!=P~
Makanan kat sini agak sedap dan harga pun berpatutan kalau nak dibandingkan restoran hadarulmaut yang lain..so kalau korang jalan-jalan kat Tanta bolehlah aku bawak korang makan kat sini ye!^^~


Sekian...



Friday, March 25, 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan 

Cermin


Assalammualaikum...


Ini contest pertama aku sejak bergelar blogger tegar!kah3...=)
Ini jugak adalah contest pertama yang dibuat oleh blogger nieyhh...
Untuk maklumat lanjut....sile rajinkan jari korang Klik sini!


Korang juga dipersilakan untuk join contest nieyhh....pergi je blog blogger nieyhh dan tengok syarat-syarat penyertaan dan JOIN!!Tarikh tutup untuk contest nie 23 April 2011 ye harap maklum!
Selamat mencuba!


Inilah gambar tak seberapa yang aku pilih untuk contest nie.....^^~
Selamat mencuba bagi yang lain-lain ye..!G0od Luck!!

Nie kawan-kawan yang aku nak tag ye....

Sekian..

Thursday, March 24, 2011

~ Memori Ulang Tahun Di KMJ ~

Assalammualaikum....

Walaupun korang semua tahu bufday aku dah lama berlalu..tapi aku tetap nak coretkan jugak pasal bufday aku kali nie!Tajuk pun dah tulis besar-besar perkataan MEMORI!hahahaha...( gelak evil! )
Mungkin ada yang tak tahu lagi bila bufday aku...jangan risau....sekarang jugak aku bagitau korang..!
26 FEBRUARI 
Ingat betul-betul okay jangan tipu-tipu!Sila catat kat tempat yang korang senang nak nampak so bila tiba tarikhnya korang bolehlah POST hadiah banyak-banyak kat aku nie!!^^~
Thanks ya....terharunya aku!!=)

Persoalannya sekarang....apa kena-mengena KMJ ( Kolej Matrikulasi Johor ) dengan bufday aku??

Untuk pengetahuan korang..aku merupakan bekas pelajar KMJ sebelum aku continue study kat Mesir nie...sempatlah jugak belajar kat sana untuk beberapa bulan!
Aku ni dulu sangat popular kat KMJ tue...hampir kesemua pelajar kat sana kenal dengan aku nie...( Yuckkss....sila jangan perasan ye encik Fadli!!=P )




Aku nie dulu sangat rapat dengan budak-budak praktikum aku...rapat sangat-sangat ok!
I mean...kitorang memang rapat antara satu sama lain macam 1 keluarga bahagia sehingga praktikum lain semua jeles dengan keakraban kitorang!boleh ke??haha...
Sampailah aku tinggalkan diorang untuk sambung belajar kat Mesir nie...kitorang still rapat lagi!
Okay...dah panjang sangat aku merapu!

Nak dijadikan cerita..masa aku balik ke Malaysia tempoh hari..alaaa...yang time Mesir tengah bergolak tue...takkan dah lupe??Adehh...!Sambung balik cerita...sempatlah jugak aku sambut bufday aku dengan rakan-rakan KMJ aku..


Inilah dia kek bufday aku!!Love it!!=)
Sangat terharu bila ada orang sediakan kek bufday kita!=')
Nampak perkataan " We luv u " tue??Diorang sangat sayang kat aku okayy...jangan jeles!=P


Wajah aku time potong kek~
Malangnye time nie kitorang tak dapat nyalakan lilin sebab angin kuat sangat time nie...suratan takdir...ape nak buat...T.T~






Praktikum aku nie memang sangat sikit je budak lelakinya....ada 5 orang je...kini ada 4 orang!
Ada lagi yang tak sempat nak digambarkan dalam kamera aku...sori!='(


Saya menang Hadiah!!haha...thanks for the present!^.^

Lastly aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kat kawan-kawan praktikum aku sebab selalu ingat kat aku...aku pun selalu ingat kat korang okay!=)~


Sekian...


Wednesday, March 23, 2011

~ Corat Coret Muzik : Opick ~

Assalammualaikum...

Wahh...dah lama kan tak ada segmen nie!hehe...=)
Sekarang nieyh dengan bangga dan penuh keriakkan aku umumkan segmen nie kembali!!
Yeeaaaayyyyy....tepuk tangan.....!^^~

Kali nie aku nak bercoret pasal Opick atau nama sebanarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus. Penyanyi yang berasal dari  Jember, Jawa Timur nie popular menerusi album pertamanya iaitu Istighfar.



Opick asalnya seorang penyanyi rock dan pernah mempunyai band beralih ke musik yang berunsurkan ketuhanan.
Aku sangat suke dengar lagu-lagu dia especially yang berduet dengan Amanda.
Lagu-lagu dia sangat tenang sehingga menusuk ke jiwa waa cakap sama luu!=)
Album terbarunya berjudul Maha Melihat juga merupakan tajuk lagunya yang berduet dengan Amanda.Kalau nak tahu..lagu nie juga merupakan lagu tema sinetron Manohara.


Tuesday, March 22, 2011

~ Sanah Helwah Ustaz Faris & Faiz!! ~

Assalammualaikum....

Tahu tak Sanah helwah tue apa???
Dalam bahasa Arab...sanah helwah tue bermaksud selamat hari lahir!=)
Dalam bahasa Mandarin pulak...korang boleh cakap Shen ri kuai le!
Apa hal lak mamat nie sibuk-sibuk nak mentranslatekan perkataan nieyh dalam bahasa Mandarin??Tahulah dia tu fasih berbahasa mandarin!0opss...ter"riak" pulak...!Sori-sori!!
Sekarang nieh tujuan aku bukan untuk mentranslatekan perkataan "Selamat Hari Lahir" dalam pelbagai bahasa okay..aku pun bukan pakar bahasa pun!=.="~
Mari kita ramai-ramai ucapkan Selamat Hari Lahir pada naqib rumah aku...Ustaz Faris dan pasangan kembarnya...Ustaz Faiz!=)
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki mereka...ameen~



Inilah Kek Hari Jadi yang aku dan housemate sediakan khas untuk ustaz kembar nieh...
Aku yang hiaskan kek nieyhh...kalau nak tahulah!( padahal beli kat kedai jek! )=P




Inilah dia bufday boys....
Kiri Ustaz Faris dan adik kembarnya..Ustaz Faiz~
Memang sangat serupa kan diorang!=)
Sanah helwah ustaz berdua!

Sekian..

Monday, March 21, 2011

~ Graduation Day!!! ~

Assalammualaikum...

Graduation Day???
Sejak bila pulak aku dah graduate???
Okay2....aku sedar diri aku...aku baru pelajar TAHUN PERTAMA perubatan okay....=P~
Hari ni merupakan hari yang kedua bagi aku dan rakan menghadiri kuliah selepas Rusuhan kat Mesir nie..
Sebenarnya aku sangat sangat dan sangat teruja untuk hadir kuliiah hari nie sebab hari ada kelas Praktikal Anatomi yang membenarkan aku bermain-main dengan mayat!haha...
Bayangkan pukul 5 pagi lagi aku dah mandi dan bersiap-siap padahal kelas hari nie start pukul 8 pagi..punyalah excited!

Sesampainya di University.....

" Today we dont have any practical class for Anatomy. The practical Class will only start next week!" Kata salah seorang Doktor kat Anatomy Department kat University tue...
Sekarang cepat korang bayangkan perasaan aku!!!=.="~
Haishhh....sangat frust okay!!T.T~
Huhu....


Disebabkan kelas batal, aku pun berkesempatan tengok persembahan pancaragam sempena majlis graduasi pelajar perubatan kat sana....

So...macam biasa..

Laporan khas wartawan kami di Tanta......


Okay...ada orang tanya manakah aku dalam video yang aku rakam sebelum ni...kalau nak tahu...aku lebih selesa jadi Cameraman okay sebab aku memang berbakat besar dalam kerja-kerja camera nieyhh!hehe....Masuk basket carry sendiri!^^~

Apa kata mereka??



Sekian..

~ Kuliah Pertama Selepas Rusuhan ~

Assalammualaikum.....

Wahh...so excited bila dapat pergi kelas hari ini setelah sebulan bercuti akibat rusuhan yang berlaku kat Mesir baru-baru nie.Walaupun agak susah untuk fokus sebab dah lama tak pergi kuliah lah katakan...haha..
Masuk je bilik kuliah...cuba teka apa benda yang paling pertama aku buat????
Teka CEPAT!!!


Tu dia...!Jom kita gosok meja sampai bersih!!kah3....
Kalau korang nak tahu...inilah aktiviti aku dan classmate bila pertama kali masuk bilik kuliah selepas rusuhan nie...!Alhamdulilah....aktiviti nie sedikit sebanyak dapat mengurangkan ngantuk bila mendengar lecture pada waktu pagi!thanks Tanta University!=)

Dan...
ini pulak aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan pekerja kat University aku...



Seperti yang tertulis kat dinding sepanjang jalan di Tanta....


 Laporan Khas Dari Wartawan Kami Di Tanta....haha...=P~


Pembetulan video: Rusuhan terjadi disebabkan pekerja daripada Fakulti Sains Menuntut kenaikan gaji mereka...
Sangat tak bertauliah ye wartawan kami!hehe....^^~

Sekian.

~ Starbucks Cafe Di Tanta ??? ~

Assalammualaikum.....
As all of you know ( kalau baca coretan aku sebelum ni laa )...pada 17 Mac yang lalu my friends and I went to City Stars Cairo... 
Dalam coretan nie aku bukan nak membebel pasal kitorang seronok-seronok jalan-jalan, shopping-shopping menghabiskan duit, tengok movie tu semua..
Tapi..aku nak cerita pasal cerita yang korang tak tahu tentang PENEMUAN MISTERI aku kat bandar Tanta yang tesergam indah ini...
Nak tahu ape??Tengoklah tajuk coretan nie...!haha...misterilah sangat.....=.="~
Nak tahu macamane kitorang boleh tersesat kat sini??okay2...akan aku coretkan...!Dont worry~
Tapi sebelum itu...
Memperkenalkan....
inilah dia jejaka-jejaka terhangat dan h0t di Tanta...( "cehh...nak muntah aku!," kata korang )~
  ~ Arif ~

 ~ Piji ~

 ~ Chai ~

 ~ Xkenal ~

~ Faez ~

Okayy....selesai sesi perkenalan...
Sambung pulak cerita pasal kesesatan kitorang yang terlampau...!
Pada hari tue..kitorang beli lah tiket train kat station train tue..
Ditakdirkan Tuhan...tiket kitorang pukul 1.30pm padahal time tue baru pukul 11.00am..
So apalagi...kitorang carilah tempat untuk lepak-ing...Takkan lah nak tunggu je kat station tue mcm pungguk rindukan bulan pulak kan~
Keluar dari Station tue..ternampaklah sebuah cafe betol-betol depan station tue...so apalagi...kita serang!!!

Jom Order!





Kitorang pun menghabiskan  meluangkan masa kat cafe nie sambil mengisi tong yang kosong...


Inilah station train yang terletak kat depan cafe nie...
Setelah tiba masanya...kitorang pun bergerak balik ke station train dan 'terbang' ke Cairo~

Thursday, March 17, 2011

~ Ponteng Kelas Pergi Z0o?? ~

Assalammualaikum...
Sila beliakkan mata korang bila baca tajuk di atas ye!!haha...
Jangan salah faham wokeyhh....saya seorang pelajar yang baik dan mendengar kata dan tak pernah ponteng kelas wokeyhh!!
Ceritanya macam nieyhh...mula-mula aku dan rakan-rakan dengar berita kelas kitorang start 15 Mac nieyhh...then last-last dengar pulak kelas tunda sampai 20 Mac nieyhh...
So apalagi??kita enjoy!!haha.....^^~
Oleh kerana rasa SANGAT BOSAN terperap kat dalam rumah..ditambah pulak ramai kawan yang belom balik Mesir lagi....so setelah membuat perbincangan yang extra teliti...aku dan housemate aku pun keluar lah jalan-jalan kat bandar Tanta yang tesergam indah ini...
Jalan punya jalan...kitorang pun terjumpa satu tempat yang dipenuhi haiwan...iaitu ape dia rakan-rakan??
Z0o...!!pandai.....tepuk kepala...!eh2...silap lak....tepuk tangan!!










Z0o Tanta nieyh agak kecil kalau nak dibandingkan dengan z0o Melaka ke....Z0o Taiping ke mahupun Z0o Negara!Haiwan kat sini pun sikit je....so berbaloilah bayaran 2 LE yang dikenakan!haha...=)
Wokeyhh laaa....sampai di sini saje untuk kali ini...sekarang aku dan housemate serta jiran aku nak pergi membuang masa  mengahabiskan waktu lapang kitorang kat City Star Cairo..
Sekian terima kasih!

Wednesday, March 16, 2011

~ Malaysia > Dubai > Mesir ~

Assalammualaikum.....kalau tak jawab dose...kalau jawab sayang!!haha...cube teka nieyh trademark sape??
Bukan nak ajak korang main teka-teki wokeyhh!!haha...
Nieyh nak habaq mai...aku dah selamat sampai ke MESIR pada 7 Mac yang lalu!!Alhamdulilah~
What the......baru sekarang nak update blog???
0opss.....sorry guys...sejak akhir-akhir nieyh sifat kemalasan aku semakin teserlah!adehhh....=.="~
Mintak ampun banyak-banyak wokeyyhh!^^~


Aku bertolak dari Malaysia 6 Mac yang lalu..


Dengan ditemani my parents jek...coz both my akaks tak cuti time nieyhh...T.T~
( my ayah wear my spec ok! ><' )



Naik flight Emirates yang DITAJA oleh kerajaan Melaka....thanks Melaka!!
( Time nie tak puas hati ngan one of the stewardess tu sebab lupe bagi aku roti!Muka je cun tapi nyanyok!adoii... )

Sepanjang perjalanan tu tak agak boring laa sebab ade " TV PLASMA" di depan seat...so bolehlah tengok "MOVIE TERBARU" kat dalam flight nie....

Sesampainya di Dubai......

~ Sekitar Airport Dubai ~




Dapat tengok je sebab MALAS tukar duit Dinar...
See...betapa MALASnya aku!!haha....beli souvenirs pun pakai duit dollars jek..!
( kantoi sudah ade souvenirs!haha~ )


Bas panjang-sangat-macam keretapi nie buat aku ternganga je kat Dubai!haha~


 Masa transit kat Dubai...menginap kat hotel nie~
Lupa lak nak cerita...dari Malaysia aku transit kat Dubai then ke Mesir...thanks!
Tak dapat amek banyak gambar menarik kat Dubai sebab transit sekejap jek....tapi bangunan-bangunan kat Dubai SANGAT cantik!!tak tipu woo0~

Pada keesokan harinya pada 7 Mac...sampailah aku dan rakan-rakan kat Mesir.....


Begitulah ceritanya...
Sekian terima Kasih!