Sunday, August 28, 2011

Raya Aku.....Raya Korang???

Assalammualaikum...



Pejam celik pejam celik pejam balik......
kurang sehari je lagi kita umat Islam akan mengakhiri bulan Ramadhan yang mulia nie...
Sedihnya!='(

Pada kesempatan nie aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan batin khas kepada pembaca setia blog aku nie *ade ke?? 
Dan tak lupa jugak kepada keluarga dan sahabat handai aku sekali!=)

Macam mana dengan persiapan raya korang??
Berapa pasang baju raya tahun nie??
Balik kampung belah ayah ke belah ibu dulu??
Kuih raya buat ke beli??
Dah kemas @ hias rumah dah??
*soalan femes time raya!^^~

Pastinya lebaran tahun nie memang amat berbeza sekali untuk aku dan keluarga.... 
tanpa kehadiran arwah datuk aku yang tercinta~
Dan aku pula akan menyambut Aidilfitri di Mesir...
tanpa kehadiran keluarga tercinta!='(
Tak dapat lah aku merasa mengumpul duit raya tahun nie!
*aku masih layak terima duit raya okayy!=.="~
Tapi..
tak apa lah...
Inilah yang dinamakan PENGALAMAN!=)
Korang jangan risau...nanti kalau ada masa insyallah akan aku kongsikan pengalaman raya kat sini ye!

Aku rasa inilah dia lagu tema hari raya yang sangat-sangatlah sesuai untuk aku tahun nie~
Hayatilah.......




Okayy....
Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada korang semua!
Maaf kalau ada tersalah silap terkasar tulisan kat blog nie ye!
Tak lupa jugak aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!
Thanks reading!




Sekian.




Nota coretan : Rindunya nak makan lemang & jalan raya dengan family!=)

Tuesday, August 23, 2011

Mesir Memerlukan Kalian!!

Assalammualaikum...

Wahh...tak kurang seminggu je lagi kita akan menyambut raya kan!
So macam mane persiapan raya korang??
Mesti dah ada yang beli baju baru seluar baru perabot baru kereta baru...semua yang baru-baru lah ye tak!
Seronoknya kan!=)

Hurmm...seronok seronok juga...
tapi pernah tak KITA terfikir.... 
macam mana lah persiapan orang-orang yang tak berkemampuan macam kita nie...macam mana lah hidup diorang kan...diorang dah beli ke persiapan untuk berhari raya diorang??
Hah..ingat lagi tak kat pak cik dan budak kecik dalam 
>> Sambungan Demi Sesuap Nasi << tak lama dulu??
Macam manalah keadaan diorang sekarang kan??

Untuk pengetahuan korang...
Kami pelajar-pelajar Malaysia kat Mesir nie ada buat satu program kemasyarakatan yang dinamakan JOM! KASIH RAMADHAN 2.0 anjuran Agensi MEDIC MESIR 


Apakah JOM! KASIH RAMADAHAN??

Kempen nie bermula pada 23 hinggalah 27 Ramadhan...
Dan dalam tempoh 5 hari nie kitorang mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 130,000 LE.
Anda yang berminat DIGALAKKAN untuk membuat sumbangan ikhlas sebanyak RM 20.
RM 20 besamaan dengan 40 LE (matawang Mesir).

Sumbangan 130,000 LE untuk siapa??

1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.

2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
Kasih eShrin ( eshrin dalam bahasa arab bermaksud 20) adalah sumbangan pak makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).


3. 20,000LE untuk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.

4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.

5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland.

Bagaimana untuk menyumbang??
Anda boleh menyalurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun
  'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Sila maklum email slip bank in secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

Sebarang pertanyaan korang boleh berhubung dengan Pengarah program kitorang di Malaysia..
                                             Aiman Jusri ~+60133746393

Anda juga boleh join kami di >> FB Program Kemasyarakatan Pelajar Perubatan MedicMesir << 
atau ke
>> Blog Jom Kasih Ramdhan Medic Mesir << untuk mengetahui perkembangan program nie..=)

Kawasan Tempat Tinggal Mereka yang susah...



Mereka yang Memerlukan Bantuan Anda.....



Hayati....

Ini kat Tanta...
Aku selalu je lalu kawasan nie untuk pergi ke Gamaah ( University )...='(




Sekian.

Nota Coretan :


                                 Ya Allah...kembalikan keceriaan buat mereka yang kedukaan..
Ya Allah...gantikan tangisan mereka dengan senyuman..
Ya Allah...jika ini ujian maka berikan mereka kekuatan..






Sunday, August 21, 2011

Beza MESIR Dengan MALAYSIA #3

Assalammualaikum...

Dalam coretan kali ini aku nak coretkan pulak pasal sedikit perbezaan kaum wanita di Mesir dan Malaysia...
Nak tahu tak??
Baca sampai habis ye!!=)



Mesir

Selain boleh mengimbangi barang kat atas kepala sambil jalan-jalan lenggang kangkong seperti dalam >> Adakah Mereka Bekas Miss World??? <<
Kaum wanita kat Mesir nie juga diberikan kekuatan yang luar biasa or superpower *Err...terlebih sudah!
untuk mengankat anak mereka seperti gambar di atas!
Woww...sangat menakjubkan ye!=)
Gambar kat atas nie aku ambil masa tengah jalan-jalan cari pasal kat satu tempat beli-belah yang dinamakan Awaal Bah..*sorry gambar gegar sikit!=.="
Kat situ korang boleh nampak ramai kaum ibu nie yang mempraktikkan gaya di atas sambil window shopping!
Itu baru window shopping...kalau kat gamaah ( University ) aku pulak mak cik-mak cik nie boleh pulak angkat anak die macam kat atas tue sambil menyapu!o.O~

Malaysia

Semua wanita kat Malaysia kan terkenal dengan sifat lemah-lembut dan mengamalkan ciri-ciri perempuan Melayu terakhir...
Dan aku tak rasa mereka dapat mengangkat budak-budak menggunakan bahu mereka!=)
Kalau ada pun mestilah kaum bapa yang selalu buat macam nie kan!
Tapi selalunya anak-anak yang sebaya dengan budak dalam gambar di atas tue kenalah berjalan sendiri...Yelaa...takkan dah tua bangka pun nak dukung-dukung lagi kan!hehe...=)

Sekian.

Nota Coretan : Aku kecil-kecil dulu jalan sendiri je...tak payah dukung-
                               dukung...sampai parents aku penat mengejar aku kat shopping 
                                      complex...nakal betul!=.="~

Saturday, August 20, 2011

Wahhh....Ini Impian Aku...!!^^~

Assalammualaikum...

Setiap orang mesti ada impian masing-masing ye tak??
Ada yang nak rumah besar laaa....kereta mewah laaa...DSLR laaa....Kahwin dengan orang korea laa...*Erkk...ade ke??
Kali nie aku nak cerita lak pasal impian aku masa kecik comel-comel lagi *sekarang tak comel lagi!
Korang ingat lagi tak gambar yang aku letak kat 
> Wordless Wednesday #4 < tempoh hari??
Hah...masih kuat pun lagi ingatan korang ye!!^^~

Sebenarnya dalam gambar tue aku bukannya nak cerita pasal impian aku dapat pergi lawat Piramid tue...
Tidak sama sekali...
Sebab benda tue semua aku dah coretkan dah dalam
 > Corat Coret Egypt ~Edisi Giza~ < 

Impian aku sebenarnya nak muncul dalam ruangan SALAM PERANTAUAN kat surat khabar!
Erkk....tapi bukan masuk dalam surat khabar macam RETIS macam
 Hudaa Udey tue ye!=)
Sebenarnya dah lama dah aku angan-angan nak muncul dalam
 SALAM PERANTAUAN tue...
Hah...inilah salah satu impian aku masa kecik-kecik dulu!
Time Bulan Ramadhan dan Raya mesti ruangan Salam Perantauan tue menjadi perhatian aku!=)
Sambil baca dalam hati aku cakap "Hurmm...kalau dah besar nanti aku nak study kat luar negara dan masuk dalam ruangan nie!"



Dengan izin Allah S.W.T akhirnya tahun nie tercapailah juga impian aku nie...
Thanks Allah...Alhamdulilah!=)


Begitulah serba sedikit kisah salah satu impian aku yang telah tercapai...
thanks reading!=)


Sekian.


Nota coretan : Apa impian korang lak??jom cerita kat aku!^^~


Thursday, August 18, 2011

Beza MESIR Dengan MALAYSIA #2

Assalammualaikum...

Salam 18 Ramadhan semua.....
Waahhhh....pantasnye masa berlalu kan!

Kalau dalam >> Beza MESIR Dengan MALAYSIA #1 << yang lalu aku coret pasal Beza antara Kenderaan kat Mesir dengan Malaysia....
Kali nie aku nak coret pulak pasal Bangunan kat Mesir dengan Malaysia!




Mesir

Masa first time jejakkan kaki kat Bumi Mesir nie...
Aku sangat terpengun melihat bangunan perumahan kat sini...!
Mana tak nye....dari dalam flight lagi korang boleh nampak bangunan-bangunan kat sini semuanya berbentuk kotak!
So....dengan suka hatinya aku menamakan negara ini sebagai negara kotak!
Boleh ke??
Kat Mesir especially kat Tanta nie jarang nak jumpa rumah sebijik-sebijik macam rumah banglo kat Malaysia tue.
Diorang semua duduk dalam 1 Imarah ( bangunan ) yang dibina bertingkat-tingkat ( macam rumah flat ) .
Dan yang menambahkan lagi tahap keTERPENGUNan aku adalah melihat dari sisi luaran bangunan nie semua!
Korang boleh lihat sendiri kat dalam gambar di atas tue...
Bangunan-bangunan nie semua tak bercat..hanyalah dicover dengan batu-bata sahaja okayy!
TAPI...
jangan melihat pada luaran sahaja!
Korang kena tengok dulu dalam bangunan tue barulah boleh menilai keseluruhan bangunan tue ye!
Kalau nak tahu...bahagian dalam bangunan kat sini memang jauh berbeza dari bahagian luar..!
Kalau kat luar tue korang nampak batu-bata je macam rumah tak siap tapi bahagian dalam nye memang sangat cantik.....mewah!
So...Don't judge a b0ok by its cover okayy!^^~
Mungkin diorang nie malas nak cat rumah sebab udara kat Mesir nie kan berhabuk banyak pasir beterbangan...nanti kalau dah cat cepat laa pulak cat tue pudar dan kotor...
*menurut pandangan aku lah!=.=~

Malaysia

Hah...kalau kat Malaysia pulak...
Rakyat Malaysia memang suka menonjolkan kecantikkan rumah-rumah diorang dari luar sehinggalah dalam kan!
Kalau boleh kat luar tue mestilah hias cantik-cantik...ade garden semua..!
Nak-nak musim perayaan yang dah nak dekat nie...mesti semua tengah sibuk hias rumah kan!
Cat rumah laaa tukar langsir laaa tukar perabot laaa...macam-macam!
Kalau boleh semua nak tukar baru ye tak!^^~
Bangunan perumahan kat Malaysia memang agak teratur laa...cantik!
Malaysia is the best maa!=)

Sekian.

Nota Coretan : Rumahku syurgaku...itu yang penting!=)



Tuesday, August 16, 2011

ENDO GENERATION pengganti SNSD!!

Assalammualaikum...

Ini berita tergempar yang aku terima baru-baru ini...!

Korang nak tahu???

Sekarang nie kumpulan K-Pop terkenal GIRLS GENERATION or SNSD tue dah ada pengganti okay!
Dengar cerita kumpulan SNSD tue dah bosan dengan hidup glamour dan nak bawak haluan masing-masing.
Ditambah pulak si Jessica tue sekarang nie kan tengah busy berdating dengan Taecyeon dari 2PM tue...manalah ada masa nak bagi komitmen dengan SNSD kan!
Hadoii....cukuplah bawak gosip di bulan-bulan Ramadhan yang mulia nie!

Okay2....kita lurus ke titik ( straight to the point )....
nak tahu siapa pengganti kumpulan SNSD yang mantap nie???


Hah...inilah dia pengganti kumpulan SNSD tue!
Kumpulan nie dinamakan sebagai ENDO GENERATION~
Kumpulan nie istimewa sikit dari kumpulan K-Pop yang lain..
Sebabnye....cuba tengok kat dalam gambar tue!
Nampak tak???
Ye....ye...!
Kumpulan nie dianggotai oleh spesis perempuan dan lelaki....CAMPUR!=.="~

Nama ahli kumpulan nie pun dah nak dekat sama dah dengan ahli kumpulan SNSD tue!
Kumpulan nie diketuai oleh si hitam manis tue yang bernama  ENDo YoonA! 
Jangan main-main okayy....seNegro-Negro dia pun dia fasih berbahasa korea!^^~
Nama ahli lain pulak adalah Koo Hung, Sato Yu Ri, Na Hyun, Ressica, Aiji Yoen, Sunny Shizuka, Noyo Yeon, Neeyo Yeon and Sachiffany.

Sekarang nie jom layan video diorang!


Hah...gempak kan diorang nie!^^~
Kalau nak layan lagi video diorang nie silalah berkunjung kat Youtube dan search ENDO GENERATION okayy!

Erkk...berita kat atas tue aku saja-saja bikin je okayy...
Jangan korang lurus sangat percaya berita tue sudah ye!=)

Sekian.

Nota Coretan : Tak ada sape yang boleh menggantikan my S0o Young!<3~




Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #4

Assalammualaikum...





Sekian.

Nota Coretan : Akhirnya..impian menjadi kenyataan...Alhamdulilah!^^~

Sunday, August 7, 2011

Beza MESIR DENGAN MALAYSIA #1

Assalammualaikum...

Pejam celik pejam celik....*jangan fikir kerja aku asyik tido je!=,="~
dah nak hampir setahun dah aku duduk merantau kat negara orang nie...
 *baru setahun jagung!
Dan selama tempoh nie jugak aku dapat lah lihat sedikit perbezaan antara tanah air kita yang tercinta dengan bumi Mesir nie..

Perbezaan pertama yang aku nak coretkan adalah mengenai Perbezaan antara KENDERAAN & LALU LINTAS antara Malaysia dengan Mesir!


Mesir

Kenderaan kat Mesir nie kalau korang nak tahu jarang lah nak nampak yang sangat dijaga rapi oleh pemiliknya...
Especially kat Tanta nie..
Memang boleh dikatakan setiap kenderaan kat sini ada je kesan calar or lekuk-lekuk sana sini...
Kalau tak calar-balar memang tak sah!
Menurut senior aku yang sangat berpengalaman... *Cehh!
diorang nie memang tak jaga sangat condition kereta diorang...asalkan boleh bergerak kat atas jalan dah kira okayy dah!=.="
Kalau langgar sikit-sikit pun diorang tak kisah....tak kena bayar ganti rugi pun!
Lagi satu...
Hah...nie pasal lalu lintas kat sini pulak~
Kat Mesir nie aku rasa tak ada undang-undang lalu lintas kowt!
Mana tak nya..
Kat sini....korang boleh pandu kereta korang selaju mana yang korang suka!^^~
Ehh....walaupun diorang nie bawak laju-laju....
risiko nak berlakunya kemalangan tue memang sangat-sangatlah rendah okayy!
Kalau kat jalan tue ada 3 lorong SELALUNYA*bukan kadang-kadang! akan jadi 5 lorong!
Dasyat kan!=)

Malaysia

Kat negara kita yang tercinta nie pulak...
rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat penyayang dengan apa benda sekali pun!
Kalau bab-bab kereta nie lagi lah kan!
Setiap hari nak kilatkan kereta laaa.....nak hias-hias kereta laaa...
Kalau "tercium" kereta tue sikit je pun dah nak mengamuk dah...siap nak saman-saman lagi!
Ya tak??
Kat Malaysia mana boleh bawak laju-laju...
Engkau nak kena saman???
Meskipun demikian...skema laa pulak ayat!
cuba korang kaji kadar kemalangan jalan raya kat negara kita...
No comment!=)
Kadang-kadang bawak kereta perlahan-lahan kat kawasan perumahan pun boleh boleh terlanggar pasu bunga laa....langgar tong sampah laa...dan yang paling teruk..langgar orang!=.="~

Sekian.

Nota coretan : BELUM ada apa-apa lesen kat tangan...kalau nak pergi mana-mana
                        driver je yang bawakkan...erkk!=.="




Friday, August 5, 2011

Bulan Ramadhan Di Bumi Anbia

Assalammualaikum...


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada para pembaca blog nie kan!=)
Cepatnya masa berlalu sehingga sedar tak sedar dah lima hari dah kita berpuasa ya!
Amacam dengan bulan Ramadhan korang??
Mesti sangat best kan!
Ye laa....dapat berbuka sama-sama dengan family...dapat pergi bazaar ramadhan beli macam-macam makanan kan!hehe..
Kesian laa kat aku dan kawan-kawan di sini...
Sambut dengan kawan-kawan je...bazaar ramadhan pun tak ada okayy!
*Sila sediakan sekotak tisu!='(


Haha....tak ada lah sedih mana pun sambut Ramadhan kat Mesir nie...
Lagi best kowt!=)
Mana tak nye..
kitorang berbuka dapat makanan free okayy!
*Silalah jeles!=P


Ingat tak lagi gambar-gambar yang aku post kat 
 Wordless Wednesday haritu??







Hah....mesti korang ingat kan!
Inilah dia makanan free yang disedekahkan oleh Pak-pak Arab yang terlebih-lebih kaya kat Mesir nie...
Alhamdulilah...dapatlah jugak aku merasa...=)
Orang-orang kaya kat sini sangat bermurah hati ye sampai di sesetengah kawasan tue diorang ajak berbuka kat rumah diorang!
Terubatlah sikit kerinduan Ramadhan kat Malaysia...=')


Inilah sedikit kisah Bulan Ramadhan kat Mesir nie..
Nanti insyallah kalau ada masa lagi aku coretkan lagi kisah Ramadhan di Bumi Anbia nie..=)


Sekian.


Nota Coretan : Berpada-padalah sewaktu berbuka...elakkan pembaziran okayy!^^~

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalammualaikum...



Sekian.


Nota Coretan : Ramadhan di Bumi Anbia!=)~