Thursday, March 15, 2012

Mesir:Laut&Sungai yang tak bercantum!

Assalammualaikum...

Selepas habis aktiviti mengutip kerang tempoh hari..
kitorang mengambil kesempatan berjalan-jalan sekitar Dumyat..
Yela..bukannya selalu pun kitorang ada masa untuk ke Dumyat kan!
Kitorang pergi Rak'sul Bar..



Korang pernah dengar pasal Rak'sul Bar???


Hah..inilah tempat pertemuan antara LAUT MEDITERANEAN dan SUNGAI NIL!
Kalau nak tahu...Sungai Nil nie sungai yang terpanjang di dunia..
panjangnya dari negara Kenya sampailah ke Mesir!

Kalau korang sampai kat sini..korang akan dapat lihat bahagian laut yang berombak dan bahagian sungai yang sangat tenang dan rumah api merah tue dijadikan tanda pertemuan laut dan sungai tue!





Kisah laut dan sungai yang tak bercantum nie jugak ada disebut dalam 
surah Ar-Rahman ayat 19-20 : 


[19]مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ  
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu


[20]بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya


Subhanallah...ternyatalah kebenaran ayat Al-Quran tersebut!
Alhamdulilah aku diberikan kesempatan untuk melihat salah satu kebesaran ciptaan Allah S.W.T~ =')




Sekian.

Nota Coretan : Mahu promosi lagi... >> TWITTER AKU! << =.="











Saturday, March 10, 2012

Kutip Kerang MESIR!!

Assalammualaikum...

Lepas exam midterm tempoh hari memang tak tahu apa yng nak dibuat..
sangat BOSAN!
So my friends and I decided nak pergi menghabiskan masa yang terluang dengan MENGUTIP KERANG sebab hujung-hujung winter nie biasanya banyak kerang yang terdampar di tepi pantai!
Selain tue dapatlah melepaskan segala tekanan dalam exam yang dah lepas tue!


Dari tahun lepas sebenarnya kitorang dah dengar pasal aktiviti kutip kerang kat Mesir nie dari senior & ustaz yang belajar kat sini...
Alhamdulilah tahun nie diberikan kesempatan!
That day, kitorang kutip kerang kat Dumyat.
Dumyat terletak agak jauh laa daripada Tanta.
Mengambil masa 3 jam perjalanan.
Kawasan kat Dumyat memang cantik kalau nak dibandingkan dengan Tanta.JUJUR.
Kawasan perumahan kat sini agak tersusun dan bersih..sedaplah mata memandang.
Tambahan pula kat sini ada chalet dan pantai yang cantik!
Bolehlah dijadikan destinasi percutian!


Sampai je kat pantai..memang excited gile sebab first time kot kutip kerang nie..
kat Malaysia pun mana laa ada kutip kerang..beli je kat pasar!haha
Kitorang dah siap sedia dengan baldi masing-masing dengan harapan kutip kerang seberapa banyak yang termampu!






Memang banyak gila kerang kat pantai tue..
Saiz kerang kat sini pun memang besar bapak punya pon ( ayat johan )
Berbanding kerang kat Malaysia memang comel-comel belaka kan!
Agaknya kerang nie ikut saiz orang sekeliling kot...orang Arab kan lagi besar dari orang Malaysia!
Okayy JOKING!=.="
Kalau kutip semua kerang kat sini memang boleh buat bisnes laa...untung besar punya!



So inilah dia hasil kutipan kerang kitorang hari tue!
Tak termasuk pak cik driver nie ye...tue kat atas van tue ada 2 guni!
Banyak gila kan..boleh buat kenduri!


Dah penat-penat kutip kerang tue..
kitorang pun pergilah melahap seafood kat Dumyat nie..
Maklumlah duduk kat Tanta nie asyik makan ayam & daging je..
Sekali-sekala nak jugak rasa seefood kan!
Memang Ohsem!




Sekian.

Nota Coretan : Nak promote sikit...aku dah mula berjinak-jinak dalam dunia TWITTER...So sape yang ada Twitter tue bolehlah >> Tweet Aku! <<