Friday, July 29, 2011

Sambungan Demi Sesuap Nasi........

Assalammualaikum...

Maaf ye korang sebab baru hari nie sempat buat coretan sambungan dari Wordless Wednesday kelmarin!
Maa'lish~

Kisah Di Sebalik Gambar.......


Pak cik tua nie aku jumpa masa nak naik train untuk ke Alexandria or Iskandariah dengan kawan-kawan.

Nak tahu apa yang dilakukan oleh pak cik nie kat landasan kereta api nie???
Sebenarnya pak cik tua nie bekerja sebagai pengutip sampah kat kawasan landasan nie. 
Pak cik nie akan mengutip setiap sampah yang dibuang sepanjang landasan kereta api nie...
BAHAYA kan??
Nak buat macam mana...
dah kerja nie je termampu untuk dilakukan oleh pak cik nie untuk mencari rezeki~T.T








Budak Kecik nie pulak aku jumpa masa aku dan kawan-kawan makan kat sebuah restoran makanan segera sekitar Bandar Tanta nie...

Nak Tahu ape yang dilakukan oleh budak nie pulak???

Setiap kali ade kenderaan yang berhenti kat bahu jalan, budak kecik nie akan kejar kenderaan tue dan lap kenderaan tue...
Then si pemandu akan bagi seberapa jumlah wang yang mereka suka pada budak nie sebagai upah!

Kesian sungguh kan kat diorang pak cik tua dan budak kecik nie...
Sebenarnya ada banyak lagi golongan miskin kat Mesir nie...
Pergi je kat tempat membeli-belah kat sini mesti ada peminta sedekah yang akan kejar kita, tarik-tarik baju kita untuk mintak wang..
Susah betul kehidupan diorang nie!

Kehidupan KITA pulak macam mana??*untuk aku jugak~
Ada tak susah macam diorang???
Ada tak kena kerja kat landasan kereta api ke kat tepi-tepi jalan ke kena mintak sedekah ke???
Ada tak????

Cuba KITA fikirkan...
Ada kalanya kita selalu je merungut...
Bila tak dapat makan apa yang kita idamkan...
Bila tak dapat beli barang yang kita mahukan...
Bila kita tak dapat pergi tempat yang kita impikan...
dan macam-macam lagi lah!
Asyik nak merungut je kan kita nie...tak pernah nak bersyukur!=,="~

Pernah tak KITA terfikir...
Ohh...rupa-rupanya banyak lagi hamba-hamba Allah yang susah daripada kita di muka bumi ini!

So...
Ayuh para pembaca...
Mari KITA panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita!

~ALHAMDULILAH~

"Ya Allah, jadikan kami sebagai manusia yang pandai mensyukuri nikmat-Mu.

Ampuni kami yang tak pernah mampu mensyukuri semua nikmat-Mu."

Sekian.

Nota Coretan : Dah nak masuk Bulan Ramadhan nie...Jom kita tingkatkan amalan 
                           bersedekah!*bukan hanya di bulan Ramadhan je okay!=)


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalammualaikum...

Demi sesuap nasi.....





Sekian.

Nota Coretan : Sentiasalah bersyukur!


Tuesday, July 26, 2011

Wanita Kental *Peluru Pun Tak Tembus!

Assalammualaikum...

Sudah lama aku cakap kat korang nak cerita pasal budak perempuan yang keluar dalam Wordless Wednesday aku yang pertama tempoh hari!
Sekarang barulah aku ada masa untuk cerita pasal beliau!
Berdasarkan komen-komen dari coretan yang lepas...
Ramai laa jugak readers blog nie yang tak kenal pun *Or saje-saje buat tak kenal =,=" dengan Rebecca Black..!


RB nie sangat terkenal dalam kalangan pengunjung Youtube menerusi lagu yang AMAT MELETUP beliau...
ape lagi kalau bukan FRIDAY!=)
Well...korang pun tahu kan macam mane meletupnya lagu si RB nie!
*Tengok dari bilangan dislike dah tahu dah!=,="~

Menerusi lagu tue jugaklah RB nie dikutuk....dicaci...dihina...dll~
Sampai dapat ancaman bunuh lagi okayy!T.T~

Tapi...
Apa yang dibuat oleh RB selepas itu?
Adakah dia terus berputus asa dan berhenti menyanyi??

Tidak sama sekali!
Buktinya RB muncul dengan lagu beliau yang kedua iaitu My Moment...

Aku sangat memuji semangat RB nie..
Kuat betol RB nie walaupun baru je berusia 13 tahun!
Walaupun dihentam teruk oleh masyarakat..dia tetap percaya dengan bakat nyanyiannya dan teruskan menyanyi!

Hasilnya...
Ramailah jugak yang LIKE lagu My Moment di Youtube....
Banyak jugaklah komen-komen positif yang RB dapat dari masyarakat...
And..
Cuba korang tengok bilangan Subscribers RB kat channel die di Youtube!

Personally aku sangat kagum dengan semangat yang ada kat RB~
Bayangan kan kalau korang berada kat tempat RB...
Adakah korang akan bangun semula daripada kutukan cacian dari masyarakat?
Adakah korang akan teruskan perjuangan korang walaupun tiada sesiapa yang menyokong korang?
Adakah korang akan terus berputus asa??
*Soalan nie ditujukan pada aku jugak!



Sekian.

Nota Coretan : Alangkah bagusnya kalau remaja zaman sekarang mempunyai 
                          semangat kental macam nie dalam kehidupan!=)~


Sunday, July 24, 2011

Pengisytiharan Pembukaan Facebook!

Assalammualaikum...


Setelah Pengisytiharan Zero Facebook! yang aku buat pada 8 April yang lalu..
Wahh...lamenye aku Zero Facebook!=)
Kini aku nak umumkan bahawasanya....
Aku dah kembali ke dunia FACEBOOK!!=)

Semalam merupakan last day exam aku..
Berakhirlah sudah peperangan untuk aku dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain kat Tanta University nie...
So ape lagi???
Kita Enjoy!!!
haha..


Pada readers yang belum lagi add aku kat Facebook..
Silalah Singgah sini!
Thanks semua!

Sekian.

Nota Coretan : Dengar citer FB dah tak best ea??ade hantu "Hi, How are you?"~

Friday, July 22, 2011

Hizami, Nak Header Satu!

Assalammualaikum...

Setelah cukup 4 hari 4 malam aku bertapa dalam PIRAMID untuk cari idea nak join "cabutan bertuah" yang dibuat penulis blog Budak Lelaki.
Ye...betol-betol..Hizami lah!=)
Berdasarkan tajuk yang paling hensem di dunia tue..Hizami dengan bermurah hatinya nak bagi header secara percuma pada manusia-manusia yang terpilih!
Woooww!!
Nak join sekali??


"Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab saya tertarik dengan hasil kerja anda di blog anda dan tiga blog yang di-makeover oleh anda!blog saya bila lagi??"




Okayy...setelah mengaplikasikan cara mengira bilangan perkataan sewaktu membuat karangan dalam SPM dulu..
aku amat pasti perkataan yang aku tambah tue cukup-culup 20 patah!^^~

Kepada korang yang belum lagi join tue...sila join ye...Sebabnye benda nie tak ada tarikh tutup lagi!
Blogger bertuah yang aku nak tag ialah....


Sekian.

Nota Coretan : Kalau boleh nak mintak tolong make over blog nie sekali lah ye!=.="~


Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1

Assalammualaikum...




Nota Coretan : Siapa suka lagu baru REBECCA BLACK sila angkat tangan!!
Sesiapa yang nak dengar sila Klik slow-slow kat sini!


Sekian.




Monday, July 18, 2011

Aku Lah Yang Paling CUTE!!!^^~

Assalammualaikum...

Disebabkan aku dapat pesanan khas daripada Budak Lelaki yang dah penat tunggu aku update blog...
aku pun terasa tak sedap hati dan terus nak update blog nieyh walaupun tengah busy baca buku Physiology!haha....^^~
Ditambah pulak aku ada satu penemuan baru yang sangat menarik untuk dicoretkan!

Nak tahu ape??

MANUSIA PALING CUTE DI DUNIA!!

Nak tahu sape??

Mestilah NICKHUN DAN SHIN MIN AH!!

Nak tahu Kenapa??

CUBE KORANG TENGOK NIE!



Nickhun


Cute tak??
Sangat cute kan!hehe...
Setakat nie inilah dia lelaki yang paling cute + jambu yang pernah aku tengok..
Sampai Cik Epal pun berangan-angan nak jadi ice-cream yang Nickhun pegang + makan tue!


Shin Min Ah



Ni pulak Girlfriend aku yang pernah aku ceritakan dulu kat Sini!
Girlfriend aku nie dah lah cantik...cute pulak tue!kan3!
Haiyahh....bertuahnye aku dapat dia!=)~
*Sangat berangan!


Sekian.

Nota Coretan: Aku pun nak jadi cute gak!bole??Kah3...=,="~





Tuesday, July 12, 2011

My Girlfriend is a ........!!!

Assalammualaikum...

Wahhhh.....
sudah lama aku tak update blog nie kan??
Sorry all
Aku tengah busy dengan Exam aku
23 July nie insyallah akan berakirlah Exam aku..
Bukan saje-saje je aku tak update hokeyy...=)


Coretan kali nie aku nak cerita pasal GIRLFRIEND aku sorang nie...
Tetiba je terasa nak buat entri khas pasal dia!
Korang pun nak tahu kan siapa dia GIRLFRIEND aku!
Okayy...sekarang jugak aku bagitahu!=)


My GIRLFRIEND tersangatlah cantik orangnye....
Tak ada siapa yang boleh kalahkan kecantikkan my GIRLFRIEND okayy!
My GIRLFRIEND pun sangat cute!
My GIRLFRIEND sangat banyak makan!
And makanan favourite die adalah DAGING!
Bila dapat je daging dia akan makan dengan gelojoh but tetap mantain cute ye!^^~
Yang paling special pasal my GIRLFRIEND ialah........
Dia ada 9 TAILS!
My GIRLFRIEND jugak ada deria bau dan pendengaran yang sangat tajam!
PELIK???
Tak payah nak pelik sangatlah...
Sebabnye....




MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO!!



Hah....nielah dia my GIRLFRIEND tue!
Cantikkan dia! 
Cute pulak tue!
Haha...
Dalam sibuk-sibuk study subjek terakhir untuk Exam nie sempat jugak aku menghabiskan drama MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO sebanyak 16 episode nie!
Sangat best kowt jalan cerita dia!
Ditambah pulak watak MI HO yang dilakonkan oleh Shin Min Ah nie!=)~
Korang dah tengok drama nie belum?
Yang belom tengok tue silalah tengok ye!
Pasti anda tak akan menyesal punya!=D
Aku pun baru je sempat tengok drama nie tahun nie...hehe



Selain Shin Min Ah yang cun melecun nie...watak lelaki utama pulak dibawa oleh Lee Seung Ki








Lakonan dia amat mantap lah dalam drama nie!
Walaupun Cha Dae W0ong nie sangat selfish pada awalnya...tapi bertukar jadi sangat sweet pada akhir drama nie!
Sehinggakan dia sanggup mengorbankan nyawa dia untuk selamatkan Mi Ho tue!
Nak tahu??
Korang kena tonton sendiri okaayy!







Watak-watak lain


Watak Park Dong Joo yang dilakonkan oleh No Min W0o..
Dia nie nak kate baik pun ye...nak kate jahat pun ye jugak!@@~


Watak Eun Hye In yang dibawa oleh Park So0 Jin..
Watak jahat dalam drama nie...
Setiap kali dia keluar je dalam drama nie aku mesti cakap..RUNSING AKU!
Semua orang benci dia kowt!=P


Pasangan cute dalam drama nie...
Director Ban dan Min S0ok...mak cik kepada Cha Dae W0ong!
Watak diorang nie lah yang menghidupkan suasana kelakar dalam drama nie!=)

So...
kepada readers yang belum tengok lagi drama nie...silalah tengok okayy!
Rugi kowt kalau tak tengok drama yang sangat best nie!






Nota Coretan : Jom Sayangi Allah Dan Rasulullah!