Saturday, October 22, 2011

Penat + Busy Menjadi RETIS!

Assalammualaikum...

Okay...aku tahu tajuk kat atas tue memang menampakkan aku BAJET HOT!
haha...
Tapi nak buat macam mana...
Aku tak tahu lagi macam mana nak gabungkan dua ayat...
Sekarang nie aku tersangatlah busy dan penat menjalani hidup sebagai 
second year medical student!
Mana tak nya...
Lebih kurang SEMINGGU aku TERTINGGAL kelas sebab kelas bermula sebelum aku sempat sampai ke Mesir!
*bukan saja-saja ponteng ye!=)
Walaupun seminggu dah kelas bermula...banyak dah aku ketinggalan!
So orang lain tengah berlari-lari anak...aku pulak kenalah pecut!^^
Sebab tue jugak lah aku dah lama tak update coretan aku nie!
Sorry banyak-banyak!

Then sambungan ayat dalam tajuk tue pulak...
Aku berasa sangat bertuah sebab telah ditemu bual oleh Eddy Syrol !
Bertuah okayy sebab dapat masuk dalam segmen yang sangat popular kat blog beliau!


Korang boleh laa usha temu bual tue di sini ya!=)
>> Klik Sini! <<

Sekian.

Nota Coretan : Busy.Busy.Busy!=.="~

Wednesday, October 19, 2011

Penat Menuggu...Akhirnya Keluar Juga!

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah berkurun lamanya aku tunggu full MV untuk lagu terbaru kumpulan SNSD yang bertajuk The Boys..!
Dah lama dah diorang nie asyik keluarkan teaser untuk MV terbaru diorang nie...!




Agak gempak lah jugak MV terbaru daripada SNSD nie...
Dan yang semestinya bagi aku yang paling menyerlah tak lain dan tak bukan Soo Young laa..!
Ehh...aku suka jugak tengok style rambut si Sunny tue!


Cukup laa membebel tue kan...
So jom kita layan MV terbaru dari SNSD!
Lagu nie jugak ada dalam versi English..
Memang mantap lah SNSD!







Macam-macam laa komen yang aku baca kat Youtube tue...
Ada yang puji tak kurang jugak ada yang kutuk...
Korang macam mana?


Sekian.


Nota Coretan : Go SNSD...Go!=)

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalammualaikum...



Sekian.

Nota Coretan: Hanya berlaku di MALAYSIA!!

Thursday, October 6, 2011

Hey...Dont Touch My Girl!!

Assalammualaikum...

Sejak kebelakangan nie aku memang sangat busy...
Orang kata memang busy mengalahkan Perdana Menteri lah!haha...
Banyak urusan nak kena buat kot..
Dengan persiapan untuk pulang ke Mesir lagi..
Kurang SEMINGGU je lagi aku akan terbang balik!
*excited!

Okayy...kita tinggalkan kisah keBUSYan aku...
Nie aku nak ajak korang layan MV yang terbaru dari kumpulan BoyFriend..!
Kenal kan kumpulan nie???


Kumpulan nie terdiri dari 6 orang anak muda termasuklah sepasang kembar yang cute!
*Memang aku sangat jeles dengan orang yang ada kembar nie!=.="~
Diorang nie memang muda-muda belaka ya..
Yang paling muda berumur 15 tahun..
Haisshhh....muda-muda dah jadi artis!=.="

Nie lah die MV terbaru dari kumpulan BoyFriend dengan lagu yang berjudul 
Dont Touch My Girl
Layan...~~~


Sekian.

Nota Coretan : Sebarang komen???

Sunday, October 2, 2011

Beza MESIR Dengan MALAYSIA #5

Assalammualaikum...

Setelah lebih kurang seminggu aku tak update blog...
Kita kembali lagi dalam segment....
BEZA MESIR DENGAN MALAYSIA!!!




Korang nak tahu salah satu budaya yang sangat unik dalam masyarakat Arab yang agak berbeza dengan budaya masyarakat Malaysia?
Okay...meh sini aku nak bercerita!




Mesir

Lazimnya bila dah berkahwin si suami akan memberi makan secukupnya pada si isteri.
Dan si suami akan memastikan yang si isteri akan BERTAMBAH....
Bertambah apa????
Bertambah berat badan lah!
Takkan bertambah lagi satu isteri pulak??korang nie pun!=.="
So korang jangan terkejut pula tengok perubahan mendadak si isteri sebelum dan selepas berkahwin ye!
Inilah budaya diorang...bila si isteri tue maintain je or nampak kurus je mesti si suami akan dikatakan tak reti jaga pemakanan si isteri!




Malaysia

Berlainan situasinya dengan masyarakat di Malaysia.
Kalau si suami lepas berkahwin kelihatan kurus je mestilah orang sekeliling cakap si isteri tak pandai jaga makan si suami..
Betul ke??
Aku selalu tengok kat drama Melayu macam tue!haha...
Tapi ayah aku maitain je tak gemok pun...
Nak kata ibu aku tak jaga makan tak pulak...
Hari-hari ibu aku masak sedap-sedap!






Sekian.


Nota Coretan : Beruntunglah siapa yang kahwin dengan pak arab..Mesti makan sodap-sodap setiap hari!=P