Sunday, November 27, 2011

FB Lahirkan Ramai PENGULAS BOLA!

Assalammualaikum...

Semua mesti tengok kan Malaysia lawan Bahrain..!
To be honest aku tak tengok pun sebab aku duduk kat Mesir nie malas nak tengok online...
So aku bukak laaa Facebook...
Rupanya melalui Facebook pun korang akan tahu perkembangan perlawanan bola antara Malaysia dengan Bahrain tue..
Setiap saat mesti ada orang akan post pasal perkembangan terbaru perlawanan tue!^^~
Thanks laa kat kawan-kawan yang sentiasa update pasal perlawanan tersebut!






Ada macam-macam status yang diupdate...
Ada yang komen pasal perlawanan bola sepak tue....ada juga yang komen pasal pemain bola sepak tue sendiri!
Seriously sangat terhiburlah dengan bermacam-macam status kawan-kawan FB malam tue~!
Nampak laa semangat patriotik dalam diri masing-masing!
Aku pun tak melepaskan peluang untuk memberi komen!





Akhirnya sudah ditakdirkan Malaysia kalah dengan Bahrain 3-2 kan!T,T~
Apa yang aku kesal bila lepas perlawanan tue ada pulak sesetengah orang yang update status yang memaki hamun + mengutuk + komen yang negatif kepada pasukan Malaysia....
PELIK...!!
Time perlawanan bukan main lagi puji-puji pasukan sendiri....
Bila dah kalah ke mana hilangnya semangat patriotisme tue ye???

Sekian.

Nota Coretan : Pening memikirkan hal nieyh!=.="~ 













Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #6

Assalammualaikum...




Sekian.

Nota Coretan : Lukisan yang menampilkan seekor UNTA CACAT nie ditemui bila aku jalan sorang diri di sekitar Tanta.Dengar cerita lukisan nie hasil karya 
Ken Karin ......Mungkinkah adik kepada MAYA KARIN???

Monday, November 21, 2011

Orang Mesir Yang KELIRU!

Assalammualaikum...

RINDUNYA kat blog aku!!!!
RINDUNYA kat rakan coretan aku!!!!='(
Sorry guys dah 4 minggu tak hupdate blog kan!

Korang tahu tak orang-orang Mesir nie ade satu penyakit!
Tapi bukanlah penyakit yang teruk sangat sampai boleh berjangkit dan membawa maut tue!
Orang Mesir nie sebenarnya tak tahu sangat nak bezakan muka-muka orang Asia nie!

Bila aku jalan-jalan dengan kawan-kawan aku mesti ada je orang-orang Arab yang tanya kitorang nie orang Thailand ke Jepun ke Korea ke Vietnam ke Cina ke...
Agak kelakar lah jugak tengok kegigihan diorang tanya kitorang macam tue!
Ada tue sambil kitorang jalan mesti ada orang-orang kat situ jerit "Ni Hao" atau "apa khabar" dalam bahasa Cina!

Seriously seronok laa jugak dapat soalan macam tue hari-hari...
Nak-nak bila ade orang tanya kita nie orang Korea ke!
Bolehlah SYOK SENDIRI kan!^^~


Sekian.

Nota Coretan : Aku bangga jadi ANAK MALAYSIA!

Saturday, October 22, 2011

Penat + Busy Menjadi RETIS!

Assalammualaikum...

Okay...aku tahu tajuk kat atas tue memang menampakkan aku BAJET HOT!
haha...
Tapi nak buat macam mana...
Aku tak tahu lagi macam mana nak gabungkan dua ayat...
Sekarang nie aku tersangatlah busy dan penat menjalani hidup sebagai 
second year medical student!
Mana tak nya...
Lebih kurang SEMINGGU aku TERTINGGAL kelas sebab kelas bermula sebelum aku sempat sampai ke Mesir!
*bukan saja-saja ponteng ye!=)
Walaupun seminggu dah kelas bermula...banyak dah aku ketinggalan!
So orang lain tengah berlari-lari anak...aku pulak kenalah pecut!^^
Sebab tue jugak lah aku dah lama tak update coretan aku nie!
Sorry banyak-banyak!

Then sambungan ayat dalam tajuk tue pulak...
Aku berasa sangat bertuah sebab telah ditemu bual oleh Eddy Syrol !
Bertuah okayy sebab dapat masuk dalam segmen yang sangat popular kat blog beliau!


Korang boleh laa usha temu bual tue di sini ya!=)
>> Klik Sini! <<

Sekian.

Nota Coretan : Busy.Busy.Busy!=.="~

Wednesday, October 19, 2011

Penat Menuggu...Akhirnya Keluar Juga!

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah berkurun lamanya aku tunggu full MV untuk lagu terbaru kumpulan SNSD yang bertajuk The Boys..!
Dah lama dah diorang nie asyik keluarkan teaser untuk MV terbaru diorang nie...!




Agak gempak lah jugak MV terbaru daripada SNSD nie...
Dan yang semestinya bagi aku yang paling menyerlah tak lain dan tak bukan Soo Young laa..!
Ehh...aku suka jugak tengok style rambut si Sunny tue!


Cukup laa membebel tue kan...
So jom kita layan MV terbaru dari SNSD!
Lagu nie jugak ada dalam versi English..
Memang mantap lah SNSD!







Macam-macam laa komen yang aku baca kat Youtube tue...
Ada yang puji tak kurang jugak ada yang kutuk...
Korang macam mana?


Sekian.


Nota Coretan : Go SNSD...Go!=)

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalammualaikum...



Sekian.

Nota Coretan: Hanya berlaku di MALAYSIA!!

Thursday, October 6, 2011

Hey...Dont Touch My Girl!!

Assalammualaikum...

Sejak kebelakangan nie aku memang sangat busy...
Orang kata memang busy mengalahkan Perdana Menteri lah!haha...
Banyak urusan nak kena buat kot..
Dengan persiapan untuk pulang ke Mesir lagi..
Kurang SEMINGGU je lagi aku akan terbang balik!
*excited!

Okayy...kita tinggalkan kisah keBUSYan aku...
Nie aku nak ajak korang layan MV yang terbaru dari kumpulan BoyFriend..!
Kenal kan kumpulan nie???


Kumpulan nie terdiri dari 6 orang anak muda termasuklah sepasang kembar yang cute!
*Memang aku sangat jeles dengan orang yang ada kembar nie!=.="~
Diorang nie memang muda-muda belaka ya..
Yang paling muda berumur 15 tahun..
Haisshhh....muda-muda dah jadi artis!=.="

Nie lah die MV terbaru dari kumpulan BoyFriend dengan lagu yang berjudul 
Dont Touch My Girl
Layan...~~~


Sekian.

Nota Coretan : Sebarang komen???

Sunday, October 2, 2011

Beza MESIR Dengan MALAYSIA #5

Assalammualaikum...

Setelah lebih kurang seminggu aku tak update blog...
Kita kembali lagi dalam segment....
BEZA MESIR DENGAN MALAYSIA!!!




Korang nak tahu salah satu budaya yang sangat unik dalam masyarakat Arab yang agak berbeza dengan budaya masyarakat Malaysia?
Okay...meh sini aku nak bercerita!




Mesir

Lazimnya bila dah berkahwin si suami akan memberi makan secukupnya pada si isteri.
Dan si suami akan memastikan yang si isteri akan BERTAMBAH....
Bertambah apa????
Bertambah berat badan lah!
Takkan bertambah lagi satu isteri pulak??korang nie pun!=.="
So korang jangan terkejut pula tengok perubahan mendadak si isteri sebelum dan selepas berkahwin ye!
Inilah budaya diorang...bila si isteri tue maintain je or nampak kurus je mesti si suami akan dikatakan tak reti jaga pemakanan si isteri!




Malaysia

Berlainan situasinya dengan masyarakat di Malaysia.
Kalau si suami lepas berkahwin kelihatan kurus je mestilah orang sekeliling cakap si isteri tak pandai jaga makan si suami..
Betul ke??
Aku selalu tengok kat drama Melayu macam tue!haha...
Tapi ayah aku maitain je tak gemok pun...
Nak kata ibu aku tak jaga makan tak pulak...
Hari-hari ibu aku masak sedap-sedap!






Sekian.


Nota Coretan : Beruntunglah siapa yang kahwin dengan pak arab..Mesti makan sodap-sodap setiap hari!=P

Friday, September 23, 2011

Ada Apa Dengan Mulut Kau?

Assalammualaikum...




Kisah Benar
Hari Ahad lepas aku jalan-jalan kat sekitar bandar Melaka dengan Ex Classmate aku kat STJ (Sains Tuanku Jaafar) dulu dengan menaiki bas..!
*Ye naik bas sebab aku belum ada lesen lagi!='(
Kawan aku tue datang lewat sikit masa tue..
Waktu pun da masuk Zohor, so aku pun pergilah surau yang ada kat Melaka Central tue..
Then lepas solat aku lepak lah dekat bangku yang ada kat luar surau tue..
Surau tue dekat dengan tandas awam yang kene bayar 0.30 sen sekali masuk...
Ada Mak cik yang dah lanjut umur jaga tandas tue..
Nak dijadikan cerita ada seorang pak cik nie masuk tandas tapi tak bayar tiket masuk tandas tue...
Then bila keluar je tandas tue mak cik tue dengan tiba-tibanya bertukar jadi SUPER MAK marah sangat-sangat dengan pak cik nie...
sampai terpekik terlolong terjerit-jerit kat pak cik tue...
Sampai terkeluar lah perkataan yang tak sepatutnya keluar dari seorang mak cik yang seusia dengan mak cik tue...!

Pernah tak korang berada dalam situasi macam nie??

Geram jugak lah aku dengan mak cik seorang nie...
Ape tak nya...time die tengah marah tue...ada beberapa orang kat situ cakap nie lah mulut orang MELAKA...biasalah tue!
Eh aku orang jati Melaka jugak tapi mulut aku tak macam mak cik tue ok!><"


Nampak tak apa kesannya kalau kita tak jaga mulut dari berkata perkataan yang tak sepatutnya??
orang kata...kerana nila setitik rosak susu sebelanga!
Erkk....tak nampak lagi??
Ok...cuba bayangkan kalau budak-budak pulak cakap benda-benda yang macam tue...
Mestilah orang sekeliling cakap mak bapak budak nie tak pandai didik anak ke??
*sori kalau terkasar bahasa!


Aku selalu bertanya manalah datangnya bahasa-bahasa yang macam nie...
Manalah diorang belajar cakap benda-benda yang tak elok macam nie...
Kat sekolah dulu tak ada pulak cikgu aku ajar cakap benda-benda macam nie..
Tapi hakikatnya dah selalu dah aku dengar orang-orang kat sekeliling aku bercakap macam tue!
Tak kira di mana saja dan tak kira masa!
Kat Laman sosial seperti Facebook pun boleh!


Dan aku rasa kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA memang tak ke mana pun dengan adanya rakyat Malaysia yang macam nie!


Boleh tak kat sini aku nak suka hatinya melabelkan orang yang selalu cakap bahasa yang tak sepatutnya nie sebagai orang yang tak educated??
Yela...bahasa seperti L*****t, C***i, F**k, dan sewaktu dengannya memang tak pernah diajar kat sekolah kan!


So marilah KITA sama-sama jaga mulut kita supaya tak jadi orang yang tak educated!=)


Sekian.


Nota Coretan : Selalu kena makan pelempang kalau cakap benda yang tak sepatutnya depan parents!







Monday, September 19, 2011

Fakta Nombor : Mesir & Malaysia!

Assalamualaikum...

Hari nie aku nak coretkan sedikit pasal ANGKA...
Walaupun aku memang sangat tak minat kalau bab kira-kira nie!=.="~
Tapi apakan daya...
ANGKA dengan KEHIDUPAN memang tak dapat dipisahkan!
Nak beli barang ke nak tengok masa ke nak tengok jarak semasa memandu ke nak kira berat badan ke even nak kahwin pun kena gunakan angka jugak!

So apa kata sekarang nie kita selami sedikit fakta tentang angka atau nombor antara Mesir dan Egypt!=)






28
Jumlah keseluruhan penduduk di KAHERAH SAHAJA adalah seramai 28 juta orang iaitu lebih kurang bersamaan dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
Cuba bayangkan betapa padat dan besarnya Kaherah tue.

10
Jarak masa penerbangan dari Malaysia ke Mesir adalah selama 10 jam.
So kalau korang nak terbang ke Egypt aku nasihatkan lebih baik korang ambik flight yang ada transit di mana-mana dan bukannye terbang direct to Egypt.
Untuk mengelakkan korang daripada alami gejala sakit pinggang,sakit b****t dan kesukaran bernafas!Dan yang paling penting korang akan rasa sangat bosan dan tak sabar-sabar nak tunggu flight tue mendarat...kalau boleh time tue jugak korang rasa nak terjun dari flight tue!haha...
Aku pernah rasa sekali terbang direct ke Mesir...Memang sedikit menyeksakan dan aku harap itulah pengalaman pertama dan terakhir bagi aku!=.="

6
Perbezaan masa antara Mesir dan Malaysia adalah selama 6 jam.
Malaysia cepat 6 jam dan Mesir lambat 6 jam.
Maksudnya di sini Malaysia lagi cepat daripada Mesir selama 6 jam.Faham tak??
So jangan terkejut bila orang-orang di Malaysia dah selesai solat Maghrib dan orang-orang di Mesir baru nak solat Zohor!

2
Mesir menggunakan matawang yang dipanggil Egyptian Pound (EGP) atau lebih dikenali dengan panggilan Geneh.
Beza antara Geneh dengan Ringgit Malaysia adalah lebih kurang 2 kali ganda.
Maksudnya kalau RM 1 di Malaysia bersamaan dengan 2 Geneh di Mesir.
So korang bolehlah shopping sakan kat Mesir nie!haha...=)


Sekian.

Nota Coretan : Fuhhh.....selesai pown tulis pasal ANGKA!Fuhhhh.....(^.^)



Thursday, September 15, 2011

PENTING untuk RAKYAT MALAYSIA!

Assalammualaikum...


Aku nak buat satu pengumuman penting nie untuk korang semua!
Baca betol-betol ye...
Jangan miss satu ayat pun!=)

Pada tanggal 14 September 2011 jam 8.00 PM flight Royal Jordanian daripada Mesir telah berlandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia setelah transit di Jordan dan Bangkok!
Dan dalam flight tue ada aku!=)



Errkk...
Sebenarnya nak buat pengumuman yang aku dah selamat tiba di Malaysia!
Alhamdulilah...


Aku bertolak dari Mesir pada 13 September pukul 9 malam..
Actually nie lah pengalaman first time aku naik flight sorang diri tanpa ditemani kawan!='(
Alhamdulilah laa selamat juga tiba di Malaysia!

Dalam flight tue aku duduk dengan seorang pelajar dari Palestin yang akan melanjutkan pelajaran kat Malaysia dan seorang doktor dari Iraq..
Banyaklah jugak kitorang borak-borak..
Aku dah jadi macam Ejen pelancongan pulak menerangkan serba sedikit pasal Malaysia kat diorang nie..!
*Kementerian pelancongan cepatlah bagi perhargaan kat aku nie!=.="~

Akhirnya setelah lebih 12 jam perjalanan sampailah aku kat Malysia tercinta!


Sekian.

Nota Coretan : Tak sabar nak pergi open house...erkk...ada lagi ke??


Sunday, September 11, 2011

Beza MESIR Dengan MALAYSIA #4

Assalammualaikum...

Kita kembali ke rancangan......
Beza Mesir Dengan Malaysia!
Yeahh....tepuk tangan!
*Ada macam hos rancangan TV x??@@"

Sudah agak lama aku tak buat coretan pasal nie...
Bukan sebab tak ada bahan...
tapi ketiadaan waktu nak menghupdate blog...
Sorry ye!=)

Perbezaan yang aku nak cerita nie sebenarnya aku pun tak tahu nak bagi tajuk apa...
So korang tengok je laaa gambar nie dan boleh fikirkan tajuk!



Mesir

Errkk...
Time mula-mula sampai Mesir dulu aku aku tengok senario *bukan senario yang lawak tue! di atas dengan amat pelik sekali..
Dalam hati aku cakap Errkk...ramai betol budak-budak gay Mesir nie!=.="~
Begitulah pendapat daripada budak malaysia yang baru menjejakkan kaki kat Mesir nie dulu~
Okay...
Ternyata pandangan aku tersangatlah salah!
Sebenarnya kalau nampak diorang nie pegang-pegang tangan macam sweet couple tue sebenarnya tanda diorang nie sangat-sangat best friend!
Kalau nak tahu...bukan je budak-budak muda yang buat macam nie...
pak cik-pak cik yang tua..Err...yang agak berumur jugak sama je..!
So..kalau korang ternampak senario macam nie kat mesir..tak payah lah pandang pelik sangat sambil ternganga-nganga mulut tue ye!=)

Malaysia

Aku tak pastilah pulak kalau kat Malaysia ada juga orang pegang-pegang tangan sambil jalan macam gambar kat atas tue...
Kalau ada pun mestilah yang berlawan jantina kan!
Kalau pasangan yang sah suami isteri tak apa lah kan....tapi kalau pasangan yang tak berapa nak sah???
Astaghfirullahalazim!
Ermm...kalau sesama jantina pegang-pegang tangan sambil jalan kat sekitar Malaysia mesti ramai yang pandang pelik ye tak?
Silap-silap ada pulak yang kena simbah asid nanti!
Errkk....ye ke??


Sekian.

Nota coretan : Aku dah macam paparazzi pulak amek gambar curi!=.="~







Thursday, September 8, 2011

Alhamdulilah...Aku Menang Lagi!!!!^^~

Assalammualaikum...

Seperti kebiasaan setiap hari aku akan berjalan lenggang kangkong kat blog-blog yang ada update terbaru...
Tapi semalam saat nak bukak blog >> Hizami Rahim << aku terasa berdebar-debar pulak...
Selalu tak macam nie...semalam lain sikit pulak rasanya...
Aku pun kuatkan hati mengklik blog beliau...

Jeng Jeng Jeng.....

Ternampaklah update terbaru dari blog beliau yang sangat smart sebab telah ditukar layoutnye baru-baru nie!=)


Scroll lagi bawah...
maka ternampaklah sesuatu yang SANGAT menerujakan!


Err....
Hengkau orang nampak tak list yang bernombor 6 yang telah aku highlightkan sebesar-besar alam tue???
Ye...ye...betul laa tue...
Memang nama blog aku tersenarai dalam list tue!
Okayy...apa lagi...cepatlah ucap taniah kat aku nie!=.="~
*boleh ke mintak macam nie??

Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Hizami sebab telah memasukkan aku dalam list penerima header daripada beliau itu...
Terpilih jugak aku nie dari ramai-ramai blogger lain yang join contest beliau nie...=')
Alhamdulilah!=)
*hope dapatlah edit 1 blog nie ye...=.="~


Sekian.

Nota coretan : Contest kedua yang aku menang setelah menyertai 3 contest!=)


Sunday, September 4, 2011

Epilog Beraya Di Perantauan! #2

Assalammualaikum...

Semalam bersamaan dengan Syawal kelima aku & 3 orang lagi kawan aku rancang buat rumah terbuka untuk kawan-kawan kat Tanta..
Dah puas berjalan raya di Cairo selama 3 hari so kitorang pun bercadang untuk buat kat rumah sendiri pulak..=)
Ini merupakan pengalaman baru kitorang sebab pertama kali buat open house tanpa family..
Semua rancang sendiri-sendiri je..!
Daripada membeli bahan memasak hinggalah menghidang makanan semuanya kitorang buat sendiri!
Amacam??
Boleh jadi calon suami mithali tak???
Hahaha...^^~

Banyak jugak lah makanan yang kitorang sediakan semalam...
Ada satay..kuah kacang..ketupat..roti jala..kari ayam..speghetti..donut pun ada!
Resipi nie semua kitorang cari online je!=)










Rahsia untuk menyedapkan lagi satay tue...
kenalah pakai glasses 3D sambil membakar!=.="~



Roti jala nie dibuat tanpa menggunakan acuan roti jala pun *kat Egypt mana ada!
Kitorang hanya tebuk lubang kat plastik then masaklah kat atas kuali and jadilah seperti roti jala! *Idea bernas dari Nasrullah ( yang baju biru kat atas tue )!=)





Alhamdulilah ramai jugak tetamu yang hadir pada malam tue...
Habis licin jugak lah makanan yang kitorang buat...
Rasa sangat berpuas hati!=)

Sekian.

Nota Coretan : Letih jugak buat open house tanpa family!=.="~




Friday, September 2, 2011

Epilog Beraya Di Perantauan!

Assalammualaikum...

Hye everyone!!
Selamat Hari Raya semua!!=)
Banyak dah dapat duit raya??
haha...

Seperti yang telah dijanjikan sebelum nie..
aku akan coretkan kisah aku beraya kat Mesir!=)
Seronok tak???*gedik!=.="

Malam Raya

Untuk pengetahuan korang..
aku telah berhijrah dari Tanta ke Kaherah untuk menyambut Aidilfitri.
Masa malam raya tue...
Sempatlah aku dengan kawan aku menyemak kat Rumah Kedah *aku anak jati Melaka! sebab kat situ ada buat sambutan malam Raya!
Alhamdulilah dapatlah makan jamuan & bersalam-salaman sambil mintak maaf & ucap selamat hari raya  dengan pelajar-pelajar Kedah pada malam tue!




Raya Pertama

Lepas je habis Solat Aidilfitri dengan pelajar Malaysia yang lain *khutbah raya dalam bahasa Melayu kitorang bergerak ke Embassy Malaysia atau Dewan Malaysia Abbasiah sebab kat situ ada jamuan Hari Raya..
Sangat best sebab kat situ ramai pelajar Malaysia berkumpul & MAKANAN pun banyak!!^^~
Then balik daripada Dewan Malaysia Abbasiah tue kitorang sempat lagi menyemak kat Rumah Terbuka Negeri Kelantan jugak!=)







Raya Kedua

Hari terakhir di Kaherah kitorang berkumpul ramai-ramai bersama ikhwah dari UK, Syria, Malaysia dan  Mesir...
Tak lupa jugak bersama-sama dengan anak-anak yatim Malaysia yang belajar kat Mesir.
Inilah hari yang paling best aku rasa sebab dapat kumpul ramai-ramai sambil berkenalan dan merapatkan ukwah!=)
Macam-macam aktiviti yang kitorang lakukan..
bukan setakat makan je okay..!









Akhir kata Sambutan Aidilfitri kat sini memang best!
Terubatlah jugak rindu nak beraya dengan orang-orang di Malaysia~

Sekian.


Nota Coretan : Banyak pulak gambar dalam coretan kali  nie...
                                Maaf kalau lambat loading!=)






Sunday, August 28, 2011

Raya Aku.....Raya Korang???

Assalammualaikum...



Pejam celik pejam celik pejam balik......
kurang sehari je lagi kita umat Islam akan mengakhiri bulan Ramadhan yang mulia nie...
Sedihnya!='(

Pada kesempatan nie aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan batin khas kepada pembaca setia blog aku nie *ade ke?? 
Dan tak lupa jugak kepada keluarga dan sahabat handai aku sekali!=)

Macam mana dengan persiapan raya korang??
Berapa pasang baju raya tahun nie??
Balik kampung belah ayah ke belah ibu dulu??
Kuih raya buat ke beli??
Dah kemas @ hias rumah dah??
*soalan femes time raya!^^~

Pastinya lebaran tahun nie memang amat berbeza sekali untuk aku dan keluarga.... 
tanpa kehadiran arwah datuk aku yang tercinta~
Dan aku pula akan menyambut Aidilfitri di Mesir...
tanpa kehadiran keluarga tercinta!='(
Tak dapat lah aku merasa mengumpul duit raya tahun nie!
*aku masih layak terima duit raya okayy!=.="~
Tapi..
tak apa lah...
Inilah yang dinamakan PENGALAMAN!=)
Korang jangan risau...nanti kalau ada masa insyallah akan aku kongsikan pengalaman raya kat sini ye!

Aku rasa inilah dia lagu tema hari raya yang sangat-sangatlah sesuai untuk aku tahun nie~
Hayatilah.......




Okayy....
Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada korang semua!
Maaf kalau ada tersalah silap terkasar tulisan kat blog nie ye!
Tak lupa jugak aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!
Thanks reading!




Sekian.




Nota coretan : Rindunya nak makan lemang & jalan raya dengan family!=)

Tuesday, August 23, 2011

Mesir Memerlukan Kalian!!

Assalammualaikum...

Wahh...tak kurang seminggu je lagi kita akan menyambut raya kan!
So macam mane persiapan raya korang??
Mesti dah ada yang beli baju baru seluar baru perabot baru kereta baru...semua yang baru-baru lah ye tak!
Seronoknya kan!=)

Hurmm...seronok seronok juga...
tapi pernah tak KITA terfikir.... 
macam mana lah persiapan orang-orang yang tak berkemampuan macam kita nie...macam mana lah hidup diorang kan...diorang dah beli ke persiapan untuk berhari raya diorang??
Hah..ingat lagi tak kat pak cik dan budak kecik dalam 
>> Sambungan Demi Sesuap Nasi << tak lama dulu??
Macam manalah keadaan diorang sekarang kan??

Untuk pengetahuan korang...
Kami pelajar-pelajar Malaysia kat Mesir nie ada buat satu program kemasyarakatan yang dinamakan JOM! KASIH RAMADHAN 2.0 anjuran Agensi MEDIC MESIR 


Apakah JOM! KASIH RAMADAHAN??

Kempen nie bermula pada 23 hinggalah 27 Ramadhan...
Dan dalam tempoh 5 hari nie kitorang mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 130,000 LE.
Anda yang berminat DIGALAKKAN untuk membuat sumbangan ikhlas sebanyak RM 20.
RM 20 besamaan dengan 40 LE (matawang Mesir).

Sumbangan 130,000 LE untuk siapa??

1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.

2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
Kasih eShrin ( eshrin dalam bahasa arab bermaksud 20) adalah sumbangan pak makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).


3. 20,000LE untuk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.

4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.

5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland.

Bagaimana untuk menyumbang??
Anda boleh menyalurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun
  'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Sila maklum email slip bank in secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

Sebarang pertanyaan korang boleh berhubung dengan Pengarah program kitorang di Malaysia..
                                             Aiman Jusri ~+60133746393

Anda juga boleh join kami di >> FB Program Kemasyarakatan Pelajar Perubatan MedicMesir << 
atau ke
>> Blog Jom Kasih Ramdhan Medic Mesir << untuk mengetahui perkembangan program nie..=)

Kawasan Tempat Tinggal Mereka yang susah...



Mereka yang Memerlukan Bantuan Anda.....



Hayati....

Ini kat Tanta...
Aku selalu je lalu kawasan nie untuk pergi ke Gamaah ( University )...='(




Sekian.

Nota Coretan :


                                 Ya Allah...kembalikan keceriaan buat mereka yang kedukaan..
Ya Allah...gantikan tangisan mereka dengan senyuman..
Ya Allah...jika ini ujian maka berikan mereka kekuatan..