Tuesday, February 15, 2011

~Mesej Yang Sangat Menjengkelkan!~

" Mikha sayang ini dari bg (abg) edo, Saya sgt terkejut ketika yg angkat telfon kmu adalah cowok. sya tak menyangka begitu engkau tega mengkhianati cnta kita. Sya masih mnunggumu dsni sya terlanjur cnta kpada mu sampai sya tak bisa meluppakan mu. Oya happy valentine day yah.. I love you mikha..
Baik2 dsna yah syg ku "


ALKISAHNYA...
Malam tadi banyak kali aku terima panggilan dari number luar negara yang aku tak kenal. Bila angkat asyik putus jek. Suspen lah jugak mase tue sebab ingatkan panggilan tue dari kedutaan Malaysia kat Mesir..manalah tahu diorang panggil aku balik ke Mesir. Maklumlah sekarang nie kan Mesir tue dah  aman sikit.haha....^^~
Last2 aku dapat mesej yang SANGAT MENJENGKELKAN seperti di atas!![=.="]~
Adehhhh....sejak bile lak number phone aku nie jadi number bibik2 kat malaysia nie???Huhh!!



Friday, February 11, 2011

~ Tanta > Cairo > Jeddah > Malaysia ~

Assalammualaikum semua....
Lama sudah aku tak update blog aku ni...Almaklumlah macam-macam masalah yang timbul kat mesir sejak kebelakangan nie..internet kena block lah..line telefon kena block lah..perintah berkurung lah dan macam-macam lagi...![=.="]~
Alhamdulilah aku dah selamat sampai di Malaysia pada 6 Februari 2011. So dapatlah aku mengupdate blog aku nie dalam keadaan tenang dan aman.


Keadaan di Tanta taklah seteruk di Cairo dan di Alex. Tapi boleh dengar jugalah bunyi tembakan dan boleh nampak orang-orang berkumpul yang bawa pedang, parang, pisau dan sebagainya. Tapi jangan salah sangka...orang-orang yang bawa senjata nie semua hanya ingin menjaga keamanan kawasan diorang. Sebabnya, ramai banduan yang terlepas dari penjara! Baru-baru nie ada 4 orang perompak yang berjaya ditangkap kat kawasan perumahan aku...bagusnya diorang!=)~
Walaupun keadaan kat Tanta agak aman, atas arahan kedutaan Malaysia di sana, kitorang diwajibkan pulang ke Malaysia...yah0oooo!!haha....
Akan tetapi, aku mengambil keputusan untuk tak mengikut plan evakuasi yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Sebabnya, aku ni kan baru lepas operation...so tak larat lah nak tunggu giliran lama-lama untuk sampai ke Malaysia, then aku belilah tiket sendiri untuk pulang. Ada lah juga beberapa student lain yang memilih untuk balik sendiri.
At first, kitorang dapat book tiket Egypt Air...penerbangan pukul 5 petang pada 3 Februari. Malangnya bila kitorang sampai kat airport, Egypt Air tu drag penerbangan diorang pukul 11 pagi..so MELEPASlah kitorang! 



Malam tu, terpaksalah kitorang tido kat airport!
Setelah 2 hari tido di airport, nasib kitorang baik sebab Saudi Arabian Airlines menawarkan tiket kepada kitorang..alhamdulilah!^^~
Terima kasih kepada Ummi (agensi Medic Mesir) yang telah banyak membantu kitorang masa kat airport tue...Ummi lah yang sediakan makanan dan belikan tiket penerbangan kitorang..thanks a lot Ummi!<3



Akhirnya dapatlah tiket pulang ke Malaysia tercinta! Kitorang first transit ke Jeddah selama lebih kurang 8 jam then fly to Malaysia.




Overall, Saudi Arabian Airlines nie agak best dan selesa..!


Akhirnya pada pukul 1 tengahari 6 Februari aku dan rakan-rakan selamat tiba di KLIA..!
Selamat tinggal sebentar MESIR!!T.T~




Tuesday, January 25, 2011

~Meniti Sepanjang Minggu di Hospital~

Assalammualaikum semua....!
Wahh....lamanya aku tak mengupdate blog!T.T~
Korang rindu kat aku tak???okie2....aku pun rindu kat korang!!hehe...^^~
Mungkin ada yang tak tahu..kisah di sebalik kesepian yang melanda blog aku nie...
Alkisahnya...
Aku telah dimasukkan ke hospital selama 9 hari. Sebabnya, aku telah menjalani pembedahan untuk membuang appendix aku yang telah hancur berkecai dalam perut aku nie. Sakit W00oooo~~!!
Alhamdulilah pembedehan berjalan lancar dan aku ditahan wad selama 9 hari..!
Itu je lah alkisah di sebalik kesepian yang melanda blog aku nie..=)
Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada insan-insan yang banyak membantu meringankan beban aku di hospital especially abang Izzuddin, housemate aku yang tercinta...Irfan yang banyak melayan karenah aku kat hospital tue, Acai yang memasak untuk aku, Pizi, Syafiq tak lupa juga jiran rumah sebelah yang banyak membantu aku!Thanks all!!<3~
Pada ustaz-ustaz dan kawan-kawan batch yang datang melawat aku pun terima kasih jugak!Ada yang masak untuk aku tue pun terima kasih jugak okie!!^^~
Semoga Allah membalas jasa korang!Waahhh....terharunya aku...!Ada jugak yang caring kat seorang musafir di negara orang nie...tissue please!T.T~

Saturday, January 8, 2011

~Hujan "EMAS" di Egypt!~

Korang mesti penah dengar pepatah melayu yang berbunyi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendri".....kan???
Hahh...kalau nak tau...sekarang nieyh aku dapat merasai hujan emas tue!haha....jangan jeles okie!^^~
Korang memang tak perlu jeles dengan aku pun...aku lebih suka hujan kat Malaysia kowt...walaupun dalam muka buku aku tue aku tulis rindu rasa hujan...tapi bila hujan dah turun kat egypt nieyhh...laen pulak rasanya!=.="


Nie gambar cuaca mendung yang aku tangkap petang tadi....




Then tak lama tue...turunlah hujan emas yang aku maksudkan!Kalau nak tahu...hujan nie memang warna emas okie!Kalau kena kat baju..nak-nak kalau baju warna hitam..memang baju korang akan bertukar jadi emas..!haha...=P


Nie pulak gambar anak jiran sebelah aku gayat tengok hujan..almaklumlah...egypt nie jarang benar hujan![Cakap orang...dia pun same gayat!haha~]

KESANNYA.......



Nie laa yang aku tak suka bila egypt hujan..jalan-jalan yang sangat berdebu dan berpasir kat egypt nie akan jadi seperti dalam gambar nie..!Tapi..apakan daya...demi memenuhkan tong perut aku pada malam tue...aku redah jek jalan yang berlecak-lecak dan sangat licin nie...dalam hati bayangkan aku tengah jalan kat jalan yang dilimpahi coklat!Yummy...!!^^~

Saturday, January 1, 2011

~Corat Coret Makan~

Amaran: Sila pastikan perut anda penuh sebelum baca post ini!!=)


Siapa yang tengah lapar kat sini???Cepat goyang perut!hehe...Sekarang nie aku nak cerita lak pasal benda yang PALING aku suka buat...tak kira masa...tak kira tempat!0oppss...tempat tue kira sikit..Tak kan lah dalam tandas pun aku buat benda nie kan??
haha...ok2....yang PALING aku suka buat adalah MAKAN!
Siapalah kat sini yang tak suka makan kan??cuba habaq mai sikit!!
Kecuali lah kalau ada dalam kalangan korang yang tengah ON D sekarang nie kan...o0pss...siapa yang terasa??@@~
Adehh....berapa banyak lagi aku nak melalut nie daa...~
ok2.....straight to Ampang point...bukan-bukan!Straight to the point ok..
Sekarang nie aku nak memperkenalkan kat korang semua antara Restoran makanan segera yang agak femes kat Egypt nie...especially kat Tanta nie.
Nama Restoran nie ialah Cook Door.Kalau kat Tanta nie restoran nie terletak betul-betul kat jalan yang menghala ke Awaal Bah..tempat yang untuk membeli-belah yang aku tunjuk dalam coretan yang terdahulu tue..



Kalau tak ada apa-apa aral yang melintang ataupun yang menghalang, aku dan kawan-kawan aku suka lah jugak menghabiskan masa dan wang untuk memenuhkan tong perut kami kat sini ataupun kat mana-mana restoran makanan segera yang lain!hehe...^^~
Tapi kami suka jugak memasak kat rumah okie...FYI, yang baju putih dalam gambar kat atas tue lah rumah kami punya chef.Pandai masak mamat tue...!Bertuah siapa yang dapat kahwin dengan dia...0oppss...terlebih sudah!=.="~





Amacam??nampak macam best kan makanan kat sini???Memang best pun okie!Restoran nie menawarkan pelbagai jenis makanan segera je ok!Ceyhh....tolong promosikan pulak aku nie!
Ini lah antara makanan kegemaran kami yang selalu kami order kalau kami lepak kat sini..!
Kalau korang ada masa, cubalah makanan kat sini dan rasa keenakan makanan kat sini..!=)

Friday, December 31, 2010

~Al-Fatihah Buat Arwah Datukku~

Hari nie pada tanggal 30 December 2010, aku dikejutkan dengan berita yang amat meyedihkan.
Berita tersebut ialah berita tentang pemergian datukku yang telah kembali ke ramatullah pada jam lebih kurang 6.40 PM.


Inilah antara ganbar kenangan terakhir aku bersama dengan arwah datukku pada Hari Raya.
Pada rakan-rakan yang membaca, silalah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman!='(

Wednesday, December 29, 2010

~Corat Coret Hati~{='(

AMARAN: Sebelum baca post nie...tolong pastikan tisu ada di tangan anda!

Hari ni ( 28 December 2010) aku mendapat panggilan yang amat mengejutkan dari parents aku kat Malaysia.
Panggilan yang amat menyedihkan...!='(
Kucing aku dah mati....kena langgar kereta!huh....
Kucing nie mati dengan cara yang menyayat hati..


Nie lah gambar kucing aku yang kena langgar tue....comel kan??
Alkisahnya kucing nie bukanlah aku beli kat Pet Shop ke apa ke..
Ibu aku pun sebenarnya tak suka sangat haiwan-haiwan belaan nie.
Kucing nie sebenarnya kucing terbiar kat rumah aku yang dulu. Dia suka lah datang kat rumah aku.Cari makanan kat rumah aku.Kucing nie sangat manja..!
suka gesel-gesel kepala dia kat kaki kitaorang!Then, dah hari-hari dia manja-manja dengan family aku, kitaorang pun belalah dia...
Sampai sekarang kitaorang pindah rumah baru pun kitaorang bawa dia sekali!
Kucing nie sangat aktif..!
Pagi-pagi lagi dia akan kejutkan parents aku..



Then, pagi tadi...parents aku hairanlah kenapalah kucing nie senyap jek hari nie...
Bila buka jek langsir kat balkoni tingkat atas rumah...
Arggghhh.......!
Ibu aku nampak kucing nie dah tersadai kat tepi jalan depan rumah..
Kucing nie dah kena langgar kereta!='(
Sedeyhnya....!
Esok genaplah 3 bulan aku tinggalkan kucing nie....
Lepas nie dah tak boleh dah nak bermanja-manja dengan kucing nie lagi!='(