Monday, June 20, 2011

Kembar Yang Sangat Gila!!!

Assalammualaikum...


Korang kenal tak dengan pasangan kembar nie???
Ada yang kenal tak???
Ini lah dia pasangan kembar yang SANGAT GILA........
DANCE!!


Kembar yang bernama Nicholas dan Colin nie berasal dari Kanada.
Diorang start buat cover untuk K-Pop Dancing kat Youtube pada 29 May 2011.
Kalau korang nak tahu...
Kembar yang berusia 16 tahun nie belajar menari K-pop nie semua dengan hanya tengok music video dan persembahan live artis Korea je okayy! 
* Cehh....aku pun boleh macam tue!=P~


Diorang punya dance nie memang sejibik lah dengan dance artis yang diorang buat cover tue...
Jom Usha video diorang jap!





Hah...ape macam???
Same tak dengan U-kiss??
hehe...=)
Kalau nak tengok video-video diorang yang lain silalah rajinkan diri Tekan sini!


Hurmm...
Lepas tengok video-video diorang nie...
Aku pulak terasa teruja nak ada pasangan kembar!
Kan best kalau ada kembar!
haha...
Siapa-siapa yang terasa macam ada mirip-mirip aku tue boleh lah bagitahu aku ye!
Manalah tahu kita boleh buat video dance sama-sama macam Nicholas dan Colin nie...
ye tak??haha...
Merepek sudah!^^~


Sekian.



Monday, June 6, 2011

Karaoke Hingga Ke INTERNATIONAL!

Assalammualaikum...

Apa khabaq hangpa semua??
Harap-harap semuanya sihat alhamdulilah lah nohh!!
Kali nie ceq nak kongsilah sikit pasai satu aktiviti yang meLAGHAkan yang boleh hangpa semua lakukan bila hangpa stress masa belajar ke, masa kerja ke or bila-bila masa lah yang hangpa stress!
Or maybe hangpa dah tak ada kerja lain nak buat kan selain termenung je sorang-sorang macam orang gilak baik hangpa buat aktiviti yang SIHAT nie nohh!hehe...
Aktiviti nie pun tak memerlukan hangpa bergerak ke mana-mana.Sambil baring pun boleh buat okayy! *jangan fikir benda lain pulak!

Nak dijadikan cerita..ceq telah diperkenalkan website yang sangat cambest nie dari BFF ceq!
Nak tahu website pe??
Hah...silalah terjah ke Sini!



Hah...nie lah rupa website tue!
Sebelum hangpa mulakan aktiviti karaoke nie...hangpa kenalah register dulu nohh!
Jangan risau..tiada apa-apa bayaran yang dikenakan!
Free of charge okayy!

Hangpa boleh pilih macam-macam lagu yang hangpa nak.
Tapi lagu OMPUTIH je la ye...
Lagu-lagu dangdut ke keroncong ke zapin ke irama Malaysia ke K-Pop ke tak ada lah ye!=.="~

Yang PALING SERONOKNYA..
Hangpa boleh create battle and bertanding dengan siapa-siapa dari negara lain tau!
Ala-ala masuk Singing Contest peringkat INTERNATIONAL tue!


Hangpa risau tak pandai nyanyi??
Tak perlu risau nohh..
Hangpa semua boleh join Kelas Vocal tau!
Habis je join kelas nie..
Mesti hangpa akan jadi penyanyi yang bagos..!
Kalah Salma Mentor tue!
haha....=D~


Hahh....bila dah pandai sikit tue bolehlah nyanyi dan kumpul markah banyak-banyak!



So...
Apa lagi?
Jom kita terjah ramai-ramai website nie!

* Kenapa aku tulis loghat utara pulak nie???
Runsing aku!=P

Sekian.

Sunday, June 5, 2011

Berakhir Sudah Round 1!!!

Assalammualaikum...


Wahh....
Semalam berakhir sudah debaran PRACTICAL EXAM untuk semua pelajar tahun 1 Tanta University!
Merdekalah sudah kitorang daripada paper Practical..
Tapi lepas nie ada paper Written dan  Oral pulak bermula 13 June nie!
And then barulah betul-betul Merdeka!!
Yeaaahhhhh!!!=)~

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah untuk kitorang menghadapi Practical Exam nie...
Thanks kepada korang yang mendoakan kitorang okayy!!=D


Lepas nie tulang-tulang nie semua bolehlah kita masak Sup Tulang!
Ke korang ade cadangan menu lain??
haha...^^~

Sekian.




Monday, May 30, 2011

Mentor 5 Final Live In Egypt!!!

Assalammualaikum...

Dalam sibuk-sibuk menelaah buku Biochemistry untuk exam hari Selasa nie sempat lagi aku tengok Mentor 5 Final secara LANSUNG!
persoalan siapakah juara mentor musim ke 5 dah pun terjawab..
Ade yang tak tahu ke???
Alamak...kesiannye!!!='(
Meh aku bagitahu...
Juara Mentor Musim ke 5 jatuh kepada.....



Siapa lagi kalau bukan Salma!
Congrats to Salma!
Dah lama dah aku hagak si Salma nie akan menang!=D~
Korang pun mesti dah hagak Salma nie akan menang kan???
Taniah jugak kepada Mentornya...Erra Fazira!



Menangis Beyonce bile dengar Salma nyanyi lagu nie..!
Terbaiklah...!hehe...=)



Suka tengok Salma berduet dengan Jaclynn Victor!
Hebat....Hebat!!

~Taniah juga kepada Shiha dan Iqa!~

Pada coretan kali nie jugak aku nak Promosikan seorang lagi kawan aku...



Inilah kawan aku Irfan..!
Congrats kat die jugak kerana lulus audition untuk 
Dentyne Terrar Oke Contest!

Okayy...cukuplah untuk kali nie..
Nak sambung baca Biochemistry balik..
Doakan aku dan kawan-kawan moga-moga dipermudahkan dalam menghadapi Imtihan ye readers semua!
Syukran!^^~

Sekian.

Monday, May 23, 2011

Awas...Peperangan Akan Bermula!!!

Assalammualaikum...

Korang!!!
Nak tahu tak???
Pada tanggal 24 May 2011 (esok)...
akan tercetusnya satu peperangan yang amat besar bagi student-student Malaysia Khususnya di Tanta University, Egypt.

Peperangan yang dinamakan Final Exam nie akan bermula dengan subjek praktikal Histology esok!
So..
apalagi???
Korang tolonglah doakan kitorang di sini ya...
Moga semuaya dipermudahkan dalam berjuang menghadapi exam nie..
Moga semuanya MUMTAZ...Insyallah!



Pagi tadi ( waktu Egypt ) aku dan rakan-rakan sempatlah buat revision untuk subjek Anatomy kat Gamaah ( University )..
then ternampak 2 orang pekerja nie sedang mengangkut kertas soalan...!
Cuak kot...!hehe...=D~


 Nie lah tempat untuk Exam practical Anatomy...!
Setiap organ or tulang or body parts daripada mayat akan diletakkan kat atas meja tue...
then kitorang pun akan menjawablah berdasarkan apa-apa yang diletakan kat atas meja tue.

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Ameen~

Sekian.

Monday, May 16, 2011

Hantu Kak Limah Dikenali Di Mesir!

Assalammualaikum...

Hai readers...
nie nak coret sikit kisah yang amat menarik yang berlaku pada minggu lalu.
( Sori...baru sekarang sempat update! )

Alkisahnya...

Kawan aku telah dijemput untuk menyertai Pameran Seni yang diadakan kat fakulti aku.
Dan, dia merupakan The Only One student Malaysia yang menyertai pameran tue!
So dengan penuh bangganya dia pun menghantar hasil karya dia untuk dipamerkan walaupun diberi masa hanya 1 MALAM untuk menyiapkan lukisan tersebut sebab dia dijemput last-last minute!=.="~
Nak tahu kisah lanjut sila klik ke Blog dia!

Inilah dia kawan aku tue.
~Faez~

Aku pun mengambil peluang untuk melawat pameran tue...



Ronda punya ronda...
Aku terjumpa sesuatu yang amat menarik perhatian aku!!!
Cuba korang teka..........



Tadaaaaaa........

Aku terjumpa satu lukisan yang sangat mirip dengan Hantu Kak Limah!
Tapi aku rasa nie gambar Hantu Kak Limah time muda-mudi dulu kot....!
Popular jugak kan Hantu Kak Limah kat Egypt nie!=)~

Sekian.







Monday, May 9, 2011

Adakah Mereka Bekas Miss World???

Assalammualaikum...

Hai Readers...!
Hari nie hari yang PALING GEMBIRA bagi aku sebab Lecture Anatomy mengambil masa hampir 3 JAM untuk habis!
Wowwwww!!
Sangat letih kot duduk dengar lecture tadi.Tapi tak apa, nak dekat-dekat exam nie kita kenalah berkorban sikit kan!=)
Walaupun sangat letih tetap aku gagahkan diri untuk dengar lecture!
bagus tak aku???

Sudah-sudahlah merepek tue Fadli oiii!><"

Okayy...
Nie nak cerita pasal benda yang aku sangat kagum kat Egypt nie...



Cuba korang perhatikan....
korang kagum tak tengok gambar nie??
Kagum kan!!

Hebat  kot mak cik mak cik Arab nie bawak barang atas kepala diorang!
Pandai kot diorang imbang barang tue atas kepala diorang!
Tak jatuh kot barang tue dari atas kepala diorang!
Cukup kot dengan kot engkau tue Fadli oii!

Hebat kan diorang!
Masa lintas jalan dengan kereta yang banyak pun diorang boleh Catwalk atas jalan raya dan  kawal barang atas kepala tue dengan baik!

Mak cik mak cik nie lah buat aku terfikir adakah diorang nie bekas Miss world??
* Dalam kebingungan! * =.="~

Sekian.