Saturday, October 22, 2011

Penat + Busy Menjadi RETIS!

Assalammualaikum...

Okay...aku tahu tajuk kat atas tue memang menampakkan aku BAJET HOT!
haha...
Tapi nak buat macam mana...
Aku tak tahu lagi macam mana nak gabungkan dua ayat...
Sekarang nie aku tersangatlah busy dan penat menjalani hidup sebagai 
second year medical student!
Mana tak nya...
Lebih kurang SEMINGGU aku TERTINGGAL kelas sebab kelas bermula sebelum aku sempat sampai ke Mesir!
*bukan saja-saja ponteng ye!=)
Walaupun seminggu dah kelas bermula...banyak dah aku ketinggalan!
So orang lain tengah berlari-lari anak...aku pulak kenalah pecut!^^
Sebab tue jugak lah aku dah lama tak update coretan aku nie!
Sorry banyak-banyak!

Then sambungan ayat dalam tajuk tue pulak...
Aku berasa sangat bertuah sebab telah ditemu bual oleh Eddy Syrol !
Bertuah okayy sebab dapat masuk dalam segmen yang sangat popular kat blog beliau!


Korang boleh laa usha temu bual tue di sini ya!=)
>> Klik Sini! <<

Sekian.

Nota Coretan : Busy.Busy.Busy!=.="~

Wednesday, October 19, 2011

Penat Menuggu...Akhirnya Keluar Juga!

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah berkurun lamanya aku tunggu full MV untuk lagu terbaru kumpulan SNSD yang bertajuk The Boys..!
Dah lama dah diorang nie asyik keluarkan teaser untuk MV terbaru diorang nie...!




Agak gempak lah jugak MV terbaru daripada SNSD nie...
Dan yang semestinya bagi aku yang paling menyerlah tak lain dan tak bukan Soo Young laa..!
Ehh...aku suka jugak tengok style rambut si Sunny tue!


Cukup laa membebel tue kan...
So jom kita layan MV terbaru dari SNSD!
Lagu nie jugak ada dalam versi English..
Memang mantap lah SNSD!







Macam-macam laa komen yang aku baca kat Youtube tue...
Ada yang puji tak kurang jugak ada yang kutuk...
Korang macam mana?


Sekian.


Nota Coretan : Go SNSD...Go!=)

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalammualaikum...



Sekian.

Nota Coretan: Hanya berlaku di MALAYSIA!!

Thursday, October 6, 2011

Hey...Dont Touch My Girl!!

Assalammualaikum...

Sejak kebelakangan nie aku memang sangat busy...
Orang kata memang busy mengalahkan Perdana Menteri lah!haha...
Banyak urusan nak kena buat kot..
Dengan persiapan untuk pulang ke Mesir lagi..
Kurang SEMINGGU je lagi aku akan terbang balik!
*excited!

Okayy...kita tinggalkan kisah keBUSYan aku...
Nie aku nak ajak korang layan MV yang terbaru dari kumpulan BoyFriend..!
Kenal kan kumpulan nie???


Kumpulan nie terdiri dari 6 orang anak muda termasuklah sepasang kembar yang cute!
*Memang aku sangat jeles dengan orang yang ada kembar nie!=.="~
Diorang nie memang muda-muda belaka ya..
Yang paling muda berumur 15 tahun..
Haisshhh....muda-muda dah jadi artis!=.="

Nie lah die MV terbaru dari kumpulan BoyFriend dengan lagu yang berjudul 
Dont Touch My Girl
Layan...~~~


Sekian.

Nota Coretan : Sebarang komen???

Sunday, October 2, 2011

Beza MESIR Dengan MALAYSIA #5

Assalammualaikum...

Setelah lebih kurang seminggu aku tak update blog...
Kita kembali lagi dalam segment....
BEZA MESIR DENGAN MALAYSIA!!!




Korang nak tahu salah satu budaya yang sangat unik dalam masyarakat Arab yang agak berbeza dengan budaya masyarakat Malaysia?
Okay...meh sini aku nak bercerita!




Mesir

Lazimnya bila dah berkahwin si suami akan memberi makan secukupnya pada si isteri.
Dan si suami akan memastikan yang si isteri akan BERTAMBAH....
Bertambah apa????
Bertambah berat badan lah!
Takkan bertambah lagi satu isteri pulak??korang nie pun!=.="
So korang jangan terkejut pula tengok perubahan mendadak si isteri sebelum dan selepas berkahwin ye!
Inilah budaya diorang...bila si isteri tue maintain je or nampak kurus je mesti si suami akan dikatakan tak reti jaga pemakanan si isteri!




Malaysia

Berlainan situasinya dengan masyarakat di Malaysia.
Kalau si suami lepas berkahwin kelihatan kurus je mestilah orang sekeliling cakap si isteri tak pandai jaga makan si suami..
Betul ke??
Aku selalu tengok kat drama Melayu macam tue!haha...
Tapi ayah aku maitain je tak gemok pun...
Nak kata ibu aku tak jaga makan tak pulak...
Hari-hari ibu aku masak sedap-sedap!






Sekian.


Nota Coretan : Beruntunglah siapa yang kahwin dengan pak arab..Mesti makan sodap-sodap setiap hari!=P

Friday, September 23, 2011

Ada Apa Dengan Mulut Kau?

Assalammualaikum...




Kisah Benar
Hari Ahad lepas aku jalan-jalan kat sekitar bandar Melaka dengan Ex Classmate aku kat STJ (Sains Tuanku Jaafar) dulu dengan menaiki bas..!
*Ye naik bas sebab aku belum ada lesen lagi!='(
Kawan aku tue datang lewat sikit masa tue..
Waktu pun da masuk Zohor, so aku pun pergilah surau yang ada kat Melaka Central tue..
Then lepas solat aku lepak lah dekat bangku yang ada kat luar surau tue..
Surau tue dekat dengan tandas awam yang kene bayar 0.30 sen sekali masuk...
Ada Mak cik yang dah lanjut umur jaga tandas tue..
Nak dijadikan cerita ada seorang pak cik nie masuk tandas tapi tak bayar tiket masuk tandas tue...
Then bila keluar je tandas tue mak cik tue dengan tiba-tibanya bertukar jadi SUPER MAK marah sangat-sangat dengan pak cik nie...
sampai terpekik terlolong terjerit-jerit kat pak cik tue...
Sampai terkeluar lah perkataan yang tak sepatutnya keluar dari seorang mak cik yang seusia dengan mak cik tue...!

Pernah tak korang berada dalam situasi macam nie??

Geram jugak lah aku dengan mak cik seorang nie...
Ape tak nya...time die tengah marah tue...ada beberapa orang kat situ cakap nie lah mulut orang MELAKA...biasalah tue!
Eh aku orang jati Melaka jugak tapi mulut aku tak macam mak cik tue ok!><"


Nampak tak apa kesannya kalau kita tak jaga mulut dari berkata perkataan yang tak sepatutnya??
orang kata...kerana nila setitik rosak susu sebelanga!
Erkk....tak nampak lagi??
Ok...cuba bayangkan kalau budak-budak pulak cakap benda-benda yang macam tue...
Mestilah orang sekeliling cakap mak bapak budak nie tak pandai didik anak ke??
*sori kalau terkasar bahasa!


Aku selalu bertanya manalah datangnya bahasa-bahasa yang macam nie...
Manalah diorang belajar cakap benda-benda yang tak elok macam nie...
Kat sekolah dulu tak ada pulak cikgu aku ajar cakap benda-benda macam nie..
Tapi hakikatnya dah selalu dah aku dengar orang-orang kat sekeliling aku bercakap macam tue!
Tak kira di mana saja dan tak kira masa!
Kat Laman sosial seperti Facebook pun boleh!


Dan aku rasa kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA memang tak ke mana pun dengan adanya rakyat Malaysia yang macam nie!


Boleh tak kat sini aku nak suka hatinya melabelkan orang yang selalu cakap bahasa yang tak sepatutnya nie sebagai orang yang tak educated??
Yela...bahasa seperti L*****t, C***i, F**k, dan sewaktu dengannya memang tak pernah diajar kat sekolah kan!


So marilah KITA sama-sama jaga mulut kita supaya tak jadi orang yang tak educated!=)


Sekian.


Nota Coretan : Selalu kena makan pelempang kalau cakap benda yang tak sepatutnya depan parents!







Monday, September 19, 2011

Fakta Nombor : Mesir & Malaysia!

Assalamualaikum...

Hari nie aku nak coretkan sedikit pasal ANGKA...
Walaupun aku memang sangat tak minat kalau bab kira-kira nie!=.="~
Tapi apakan daya...
ANGKA dengan KEHIDUPAN memang tak dapat dipisahkan!
Nak beli barang ke nak tengok masa ke nak tengok jarak semasa memandu ke nak kira berat badan ke even nak kahwin pun kena gunakan angka jugak!

So apa kata sekarang nie kita selami sedikit fakta tentang angka atau nombor antara Mesir dan Egypt!=)






28
Jumlah keseluruhan penduduk di KAHERAH SAHAJA adalah seramai 28 juta orang iaitu lebih kurang bersamaan dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
Cuba bayangkan betapa padat dan besarnya Kaherah tue.

10
Jarak masa penerbangan dari Malaysia ke Mesir adalah selama 10 jam.
So kalau korang nak terbang ke Egypt aku nasihatkan lebih baik korang ambik flight yang ada transit di mana-mana dan bukannye terbang direct to Egypt.
Untuk mengelakkan korang daripada alami gejala sakit pinggang,sakit b****t dan kesukaran bernafas!Dan yang paling penting korang akan rasa sangat bosan dan tak sabar-sabar nak tunggu flight tue mendarat...kalau boleh time tue jugak korang rasa nak terjun dari flight tue!haha...
Aku pernah rasa sekali terbang direct ke Mesir...Memang sedikit menyeksakan dan aku harap itulah pengalaman pertama dan terakhir bagi aku!=.="

6
Perbezaan masa antara Mesir dan Malaysia adalah selama 6 jam.
Malaysia cepat 6 jam dan Mesir lambat 6 jam.
Maksudnya di sini Malaysia lagi cepat daripada Mesir selama 6 jam.Faham tak??
So jangan terkejut bila orang-orang di Malaysia dah selesai solat Maghrib dan orang-orang di Mesir baru nak solat Zohor!

2
Mesir menggunakan matawang yang dipanggil Egyptian Pound (EGP) atau lebih dikenali dengan panggilan Geneh.
Beza antara Geneh dengan Ringgit Malaysia adalah lebih kurang 2 kali ganda.
Maksudnya kalau RM 1 di Malaysia bersamaan dengan 2 Geneh di Mesir.
So korang bolehlah shopping sakan kat Mesir nie!haha...=)


Sekian.

Nota Coretan : Fuhhh.....selesai pown tulis pasal ANGKA!Fuhhhh.....(^.^)