Tuesday, January 25, 2011

~Meniti Sepanjang Minggu di Hospital~

Assalammualaikum semua....!
Wahh....lamanya aku tak mengupdate blog!T.T~
Korang rindu kat aku tak???okie2....aku pun rindu kat korang!!hehe...^^~
Mungkin ada yang tak tahu..kisah di sebalik kesepian yang melanda blog aku nie...
Alkisahnya...
Aku telah dimasukkan ke hospital selama 9 hari. Sebabnya, aku telah menjalani pembedahan untuk membuang appendix aku yang telah hancur berkecai dalam perut aku nie. Sakit W00oooo~~!!
Alhamdulilah pembedehan berjalan lancar dan aku ditahan wad selama 9 hari..!
Itu je lah alkisah di sebalik kesepian yang melanda blog aku nie..=)
Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada insan-insan yang banyak membantu meringankan beban aku di hospital especially abang Izzuddin, housemate aku yang tercinta...Irfan yang banyak melayan karenah aku kat hospital tue, Acai yang memasak untuk aku, Pizi, Syafiq tak lupa juga jiran rumah sebelah yang banyak membantu aku!Thanks all!!<3~
Pada ustaz-ustaz dan kawan-kawan batch yang datang melawat aku pun terima kasih jugak!Ada yang masak untuk aku tue pun terima kasih jugak okie!!^^~
Semoga Allah membalas jasa korang!Waahhh....terharunya aku...!Ada jugak yang caring kat seorang musafir di negara orang nie...tissue please!T.T~

Saturday, January 8, 2011

~Hujan "EMAS" di Egypt!~

Korang mesti penah dengar pepatah melayu yang berbunyi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendri".....kan???
Hahh...kalau nak tau...sekarang nieyh aku dapat merasai hujan emas tue!haha....jangan jeles okie!^^~
Korang memang tak perlu jeles dengan aku pun...aku lebih suka hujan kat Malaysia kowt...walaupun dalam muka buku aku tue aku tulis rindu rasa hujan...tapi bila hujan dah turun kat egypt nieyhh...laen pulak rasanya!=.="


Nie gambar cuaca mendung yang aku tangkap petang tadi....




Then tak lama tue...turunlah hujan emas yang aku maksudkan!Kalau nak tahu...hujan nie memang warna emas okie!Kalau kena kat baju..nak-nak kalau baju warna hitam..memang baju korang akan bertukar jadi emas..!haha...=P


Nie pulak gambar anak jiran sebelah aku gayat tengok hujan..almaklumlah...egypt nie jarang benar hujan![Cakap orang...dia pun same gayat!haha~]

KESANNYA.......



Nie laa yang aku tak suka bila egypt hujan..jalan-jalan yang sangat berdebu dan berpasir kat egypt nie akan jadi seperti dalam gambar nie..!Tapi..apakan daya...demi memenuhkan tong perut aku pada malam tue...aku redah jek jalan yang berlecak-lecak dan sangat licin nie...dalam hati bayangkan aku tengah jalan kat jalan yang dilimpahi coklat!Yummy...!!^^~

Saturday, January 1, 2011

~Corat Coret Makan~

Amaran: Sila pastikan perut anda penuh sebelum baca post ini!!=)


Siapa yang tengah lapar kat sini???Cepat goyang perut!hehe...Sekarang nie aku nak cerita lak pasal benda yang PALING aku suka buat...tak kira masa...tak kira tempat!0oppss...tempat tue kira sikit..Tak kan lah dalam tandas pun aku buat benda nie kan??
haha...ok2....yang PALING aku suka buat adalah MAKAN!
Siapalah kat sini yang tak suka makan kan??cuba habaq mai sikit!!
Kecuali lah kalau ada dalam kalangan korang yang tengah ON D sekarang nie kan...o0pss...siapa yang terasa??@@~
Adehh....berapa banyak lagi aku nak melalut nie daa...~
ok2.....straight to Ampang point...bukan-bukan!Straight to the point ok..
Sekarang nie aku nak memperkenalkan kat korang semua antara Restoran makanan segera yang agak femes kat Egypt nie...especially kat Tanta nie.
Nama Restoran nie ialah Cook Door.Kalau kat Tanta nie restoran nie terletak betul-betul kat jalan yang menghala ke Awaal Bah..tempat yang untuk membeli-belah yang aku tunjuk dalam coretan yang terdahulu tue..



Kalau tak ada apa-apa aral yang melintang ataupun yang menghalang, aku dan kawan-kawan aku suka lah jugak menghabiskan masa dan wang untuk memenuhkan tong perut kami kat sini ataupun kat mana-mana restoran makanan segera yang lain!hehe...^^~
Tapi kami suka jugak memasak kat rumah okie...FYI, yang baju putih dalam gambar kat atas tue lah rumah kami punya chef.Pandai masak mamat tue...!Bertuah siapa yang dapat kahwin dengan dia...0oppss...terlebih sudah!=.="~





Amacam??nampak macam best kan makanan kat sini???Memang best pun okie!Restoran nie menawarkan pelbagai jenis makanan segera je ok!Ceyhh....tolong promosikan pulak aku nie!
Ini lah antara makanan kegemaran kami yang selalu kami order kalau kami lepak kat sini..!
Kalau korang ada masa, cubalah makanan kat sini dan rasa keenakan makanan kat sini..!=)

Friday, December 31, 2010

~Al-Fatihah Buat Arwah Datukku~

Hari nie pada tanggal 30 December 2010, aku dikejutkan dengan berita yang amat meyedihkan.
Berita tersebut ialah berita tentang pemergian datukku yang telah kembali ke ramatullah pada jam lebih kurang 6.40 PM.


Inilah antara ganbar kenangan terakhir aku bersama dengan arwah datukku pada Hari Raya.
Pada rakan-rakan yang membaca, silalah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman!='(

Wednesday, December 29, 2010

~Corat Coret Hati~{='(

AMARAN: Sebelum baca post nie...tolong pastikan tisu ada di tangan anda!

Hari ni ( 28 December 2010) aku mendapat panggilan yang amat mengejutkan dari parents aku kat Malaysia.
Panggilan yang amat menyedihkan...!='(
Kucing aku dah mati....kena langgar kereta!huh....
Kucing nie mati dengan cara yang menyayat hati..


Nie lah gambar kucing aku yang kena langgar tue....comel kan??
Alkisahnya kucing nie bukanlah aku beli kat Pet Shop ke apa ke..
Ibu aku pun sebenarnya tak suka sangat haiwan-haiwan belaan nie.
Kucing nie sebenarnya kucing terbiar kat rumah aku yang dulu. Dia suka lah datang kat rumah aku.Cari makanan kat rumah aku.Kucing nie sangat manja..!
suka gesel-gesel kepala dia kat kaki kitaorang!Then, dah hari-hari dia manja-manja dengan family aku, kitaorang pun belalah dia...
Sampai sekarang kitaorang pindah rumah baru pun kitaorang bawa dia sekali!
Kucing nie sangat aktif..!
Pagi-pagi lagi dia akan kejutkan parents aku..



Then, pagi tadi...parents aku hairanlah kenapalah kucing nie senyap jek hari nie...
Bila buka jek langsir kat balkoni tingkat atas rumah...
Arggghhh.......!
Ibu aku nampak kucing nie dah tersadai kat tepi jalan depan rumah..
Kucing nie dah kena langgar kereta!='(
Sedeyhnya....!
Esok genaplah 3 bulan aku tinggalkan kucing nie....
Lepas nie dah tak boleh dah nak bermanja-manja dengan kucing nie lagi!='(

Monday, December 27, 2010

~Corat Coret Muzik~

Corat coret muzik kali nie aku nak cerita pulak pasal penyanyi yang sangat popular kat Egypt nie!
Name penyanyi nie ialah Nancy Arjam.
Korang boleh dengar lagu dia nie kat corong-corong radio kat Egypt nie.Sedap juga lah suara dia.
First time aku dengar lagu Nancy time aku tengah makan-makan kat KFC.
Nancy Arjam nie berasal dari Lebenon.
Banyak jugaklah anugerah yang dia menang.Well orang popular dan berbakatlah katakan.
Dalam tahun 2007, album dia nie da terjual sebanyak 30 million dan dia dirankingkan di tempat ke-3 best selling female artist kat Lebanon.

Enjoylah lagu Nancy Arjam nie ok![~.^]~

Corat Coret Egypt~Edisi Giza~

Segment Corat Coret Egypt kali ini aku nak bawa korang semua melawat ke tempat yang paling femes kat Egypt nie..Giza!^^~
Sape pernah pergi??
Mesti ada yang belum berkesempatan ke tempat nie kan??


Giza nie terletak atas sikit daripada ibu negeri Egypt ini...iaitu Cairo atau dalam bahasa omputehnya...Kaherah!
Sepanjang perjalanan ke sini korang akan nampaklah pemandangan padang pasir...Cantek!!
Yang korang perlu lawat bila dah sampai kat sini mestilah piramidnya!=)


Tapi...nak masuk piramid nie bukan free ok!
Kalau foreigner atau bahasa omputehnya pelancong asing lebih kurang...kenalah bayaran sebanyak 60 LE..seperti yang tertera kat dalam gambar tue...
Tapi kalau student yang  belajar kat sini dan bawak card student..dikenakan bayaran sebanyak 
30 LE je...kalau tak silaplah..
Jangan keliru...!
Bayaran nie dikenakan kalau korang nak merayau-rayau kat sekitar piramid tue je ok...
Kalau korang nak masuk dalam piramid tue pulak...kenalah bayar sebanyak 100 LE..=.="





Bila keluar je dari kaunter tiket dan masuk pintu utama..korang akan nampak piramid yang terbesar sekali...iaitu piramid yang pertama...piramid nie ada name...tapi aku dah lupa!
Sebelum aku terlupa terus...dalam kawasan nie ada 3 buah piramid dan 1 sphinx...yang muka firaun tue!

Dalam kawasan nie..korang boleh pilihlah sama ada nak travel guna kereta ke jalan kaki ke ataupun naik unta!
Berpeluh jugaklah ketiak kalau korang jalan-jalan kat sini..!hehe...
So...buatlah pilihan yang tepat!


Gambar kat atas nie pulak merupakan piramid yang kedua...ada name jugak piramid nie...tapi macam biasa...aku lupa!



Nie pulak pemandangan di sekitar piramid tue....macam padang pasir kan....
memang padang pasir pun!adehh......=.="




Tempat nie pulak dinamakan Panorama sebab kat sinilah korang boleh merakamkan gambar ketiga-tiga piramid tue!
Hanya photographer yang profesional macam aku je boleh tangkap gambar tiga-tiga piramid nie!^.~


Dah penat-penat merayau kat kawasan piramid tue korang bolehlah tangkap gambar yang macam kat atas nie...
Pose nie lah yang paling kerap dilakukan oleh para pelancong yang datang ke sini...
[Gambar kat atas nie tak nampak seakan-akan aku memegang bucu piramid tue kan?? Mungkin photographer yang tangkap gambar nie patut dipersalahkan!hehe...=P]

 Ok..ini pulak hasil kerja tangan photographer yag profesional macam aku!
hehe....=)

So, kalau ada masa yang terluang korang bolehlah melawat piramid nie ok..!
~sekian...~