Monday, December 27, 2010

Corat Coret Egypt~Edisi Giza~

Segment Corat Coret Egypt kali ini aku nak bawa korang semua melawat ke tempat yang paling femes kat Egypt nie..Giza!^^~
Sape pernah pergi??
Mesti ada yang belum berkesempatan ke tempat nie kan??


Giza nie terletak atas sikit daripada ibu negeri Egypt ini...iaitu Cairo atau dalam bahasa omputehnya...Kaherah!
Sepanjang perjalanan ke sini korang akan nampaklah pemandangan padang pasir...Cantek!!
Yang korang perlu lawat bila dah sampai kat sini mestilah piramidnya!=)


Tapi...nak masuk piramid nie bukan free ok!
Kalau foreigner atau bahasa omputehnya pelancong asing lebih kurang...kenalah bayaran sebanyak 60 LE..seperti yang tertera kat dalam gambar tue...
Tapi kalau student yang  belajar kat sini dan bawak card student..dikenakan bayaran sebanyak 
30 LE je...kalau tak silaplah..
Jangan keliru...!
Bayaran nie dikenakan kalau korang nak merayau-rayau kat sekitar piramid tue je ok...
Kalau korang nak masuk dalam piramid tue pulak...kenalah bayar sebanyak 100 LE..=.="





Bila keluar je dari kaunter tiket dan masuk pintu utama..korang akan nampak piramid yang terbesar sekali...iaitu piramid yang pertama...piramid nie ada name...tapi aku dah lupa!
Sebelum aku terlupa terus...dalam kawasan nie ada 3 buah piramid dan 1 sphinx...yang muka firaun tue!

Dalam kawasan nie..korang boleh pilihlah sama ada nak travel guna kereta ke jalan kaki ke ataupun naik unta!
Berpeluh jugaklah ketiak kalau korang jalan-jalan kat sini..!hehe...
So...buatlah pilihan yang tepat!


Gambar kat atas nie pulak merupakan piramid yang kedua...ada name jugak piramid nie...tapi macam biasa...aku lupa!



Nie pulak pemandangan di sekitar piramid tue....macam padang pasir kan....
memang padang pasir pun!adehh......=.="




Tempat nie pulak dinamakan Panorama sebab kat sinilah korang boleh merakamkan gambar ketiga-tiga piramid tue!
Hanya photographer yang profesional macam aku je boleh tangkap gambar tiga-tiga piramid nie!^.~


Dah penat-penat merayau kat kawasan piramid tue korang bolehlah tangkap gambar yang macam kat atas nie...
Pose nie lah yang paling kerap dilakukan oleh para pelancong yang datang ke sini...
[Gambar kat atas nie tak nampak seakan-akan aku memegang bucu piramid tue kan?? Mungkin photographer yang tangkap gambar nie patut dipersalahkan!hehe...=P]

 Ok..ini pulak hasil kerja tangan photographer yag profesional macam aku!
hehe....=)

So, kalau ada masa yang terluang korang bolehlah melawat piramid nie ok..!
~sekian...~

10 comments:

hun said...

NICE PIC :)

fadlisabri said...

thanks!

Unknown said...

Pemandangan persekitaran yg amat menarik...

fadlisabri said...

hee....=)

benz said...

fotographer professional???
bwekkksss!!!!! ;PPP

putra said...

bestnya study jauh2..luas pemandangan banyak pengalaman..

fadlisabri said...

Alhamdulilah~

Aku By Pojie said...

untung la belajar kat luar negara.. huhuhu

fadlisabri said...

FAUZI NOR - Alhamdulilah~

AQ Eyfa said...

huhuhu bila ar nak smpai cni...bestttt ar