Thursday, March 17, 2011

~ Ponteng Kelas Pergi Z0o?? ~

Assalammualaikum...
Sila beliakkan mata korang bila baca tajuk di atas ye!!haha...
Jangan salah faham wokeyhh....saya seorang pelajar yang baik dan mendengar kata dan tak pernah ponteng kelas wokeyhh!!
Ceritanya macam nieyhh...mula-mula aku dan rakan-rakan dengar berita kelas kitorang start 15 Mac nieyhh...then last-last dengar pulak kelas tunda sampai 20 Mac nieyhh...
So apalagi??kita enjoy!!haha.....^^~
Oleh kerana rasa SANGAT BOSAN terperap kat dalam rumah..ditambah pulak ramai kawan yang belom balik Mesir lagi....so setelah membuat perbincangan yang extra teliti...aku dan housemate aku pun keluar lah jalan-jalan kat bandar Tanta yang tesergam indah ini...
Jalan punya jalan...kitorang pun terjumpa satu tempat yang dipenuhi haiwan...iaitu ape dia rakan-rakan??
Z0o...!!pandai.....tepuk kepala...!eh2...silap lak....tepuk tangan!!










Z0o Tanta nieyh agak kecil kalau nak dibandingkan dengan z0o Melaka ke....Z0o Taiping ke mahupun Z0o Negara!Haiwan kat sini pun sikit je....so berbaloilah bayaran 2 LE yang dikenakan!haha...=)
Wokeyhh laaa....sampai di sini saje untuk kali ini...sekarang aku dan housemate serta jiran aku nak pergi membuang masa  mengahabiskan waktu lapang kitorang kat City Star Cairo..
Sekian terima kasih!

Wednesday, March 16, 2011

~ Malaysia > Dubai > Mesir ~

Assalammualaikum.....kalau tak jawab dose...kalau jawab sayang!!haha...cube teka nieyh trademark sape??
Bukan nak ajak korang main teka-teki wokeyhh!!haha...
Nieyh nak habaq mai...aku dah selamat sampai ke MESIR pada 7 Mac yang lalu!!Alhamdulilah~
What the......baru sekarang nak update blog???
0opss.....sorry guys...sejak akhir-akhir nieyh sifat kemalasan aku semakin teserlah!adehhh....=.="~
Mintak ampun banyak-banyak wokeyyhh!^^~


Aku bertolak dari Malaysia 6 Mac yang lalu..


Dengan ditemani my parents jek...coz both my akaks tak cuti time nieyhh...T.T~
( my ayah wear my spec ok! ><' )



Naik flight Emirates yang DITAJA oleh kerajaan Melaka....thanks Melaka!!
( Time nie tak puas hati ngan one of the stewardess tu sebab lupe bagi aku roti!Muka je cun tapi nyanyok!adoii... )

Sepanjang perjalanan tu tak agak boring laa sebab ade " TV PLASMA" di depan seat...so bolehlah tengok "MOVIE TERBARU" kat dalam flight nie....

Sesampainya di Dubai......

~ Sekitar Airport Dubai ~




Dapat tengok je sebab MALAS tukar duit Dinar...
See...betapa MALASnya aku!!haha....beli souvenirs pun pakai duit dollars jek..!
( kantoi sudah ade souvenirs!haha~ )


Bas panjang-sangat-macam keretapi nie buat aku ternganga je kat Dubai!haha~


 Masa transit kat Dubai...menginap kat hotel nie~
Lupa lak nak cerita...dari Malaysia aku transit kat Dubai then ke Mesir...thanks!
Tak dapat amek banyak gambar menarik kat Dubai sebab transit sekejap jek....tapi bangunan-bangunan kat Dubai SANGAT cantik!!tak tipu woo0~

Pada keesokan harinya pada 7 Mac...sampailah aku dan rakan-rakan kat Mesir.....


Begitulah ceritanya...
Sekian terima Kasih!



Tuesday, February 15, 2011

~Mesej Yang Sangat Menjengkelkan!~

" Mikha sayang ini dari bg (abg) edo, Saya sgt terkejut ketika yg angkat telfon kmu adalah cowok. sya tak menyangka begitu engkau tega mengkhianati cnta kita. Sya masih mnunggumu dsni sya terlanjur cnta kpada mu sampai sya tak bisa meluppakan mu. Oya happy valentine day yah.. I love you mikha..
Baik2 dsna yah syg ku "


ALKISAHNYA...
Malam tadi banyak kali aku terima panggilan dari number luar negara yang aku tak kenal. Bila angkat asyik putus jek. Suspen lah jugak mase tue sebab ingatkan panggilan tue dari kedutaan Malaysia kat Mesir..manalah tahu diorang panggil aku balik ke Mesir. Maklumlah sekarang nie kan Mesir tue dah  aman sikit.haha....^^~
Last2 aku dapat mesej yang SANGAT MENJENGKELKAN seperti di atas!![=.="]~
Adehhhh....sejak bile lak number phone aku nie jadi number bibik2 kat malaysia nie???Huhh!!



Friday, February 11, 2011

~ Tanta > Cairo > Jeddah > Malaysia ~

Assalammualaikum semua....
Lama sudah aku tak update blog aku ni...Almaklumlah macam-macam masalah yang timbul kat mesir sejak kebelakangan nie..internet kena block lah..line telefon kena block lah..perintah berkurung lah dan macam-macam lagi...![=.="]~
Alhamdulilah aku dah selamat sampai di Malaysia pada 6 Februari 2011. So dapatlah aku mengupdate blog aku nie dalam keadaan tenang dan aman.


Keadaan di Tanta taklah seteruk di Cairo dan di Alex. Tapi boleh dengar jugalah bunyi tembakan dan boleh nampak orang-orang berkumpul yang bawa pedang, parang, pisau dan sebagainya. Tapi jangan salah sangka...orang-orang yang bawa senjata nie semua hanya ingin menjaga keamanan kawasan diorang. Sebabnya, ramai banduan yang terlepas dari penjara! Baru-baru nie ada 4 orang perompak yang berjaya ditangkap kat kawasan perumahan aku...bagusnya diorang!=)~
Walaupun keadaan kat Tanta agak aman, atas arahan kedutaan Malaysia di sana, kitorang diwajibkan pulang ke Malaysia...yah0oooo!!haha....
Akan tetapi, aku mengambil keputusan untuk tak mengikut plan evakuasi yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Sebabnya, aku ni kan baru lepas operation...so tak larat lah nak tunggu giliran lama-lama untuk sampai ke Malaysia, then aku belilah tiket sendiri untuk pulang. Ada lah juga beberapa student lain yang memilih untuk balik sendiri.
At first, kitorang dapat book tiket Egypt Air...penerbangan pukul 5 petang pada 3 Februari. Malangnya bila kitorang sampai kat airport, Egypt Air tu drag penerbangan diorang pukul 11 pagi..so MELEPASlah kitorang! 



Malam tu, terpaksalah kitorang tido kat airport!
Setelah 2 hari tido di airport, nasib kitorang baik sebab Saudi Arabian Airlines menawarkan tiket kepada kitorang..alhamdulilah!^^~
Terima kasih kepada Ummi (agensi Medic Mesir) yang telah banyak membantu kitorang masa kat airport tue...Ummi lah yang sediakan makanan dan belikan tiket penerbangan kitorang..thanks a lot Ummi!<3



Akhirnya dapatlah tiket pulang ke Malaysia tercinta! Kitorang first transit ke Jeddah selama lebih kurang 8 jam then fly to Malaysia.




Overall, Saudi Arabian Airlines nie agak best dan selesa..!


Akhirnya pada pukul 1 tengahari 6 Februari aku dan rakan-rakan selamat tiba di KLIA..!
Selamat tinggal sebentar MESIR!!T.T~




Tuesday, January 25, 2011

~Meniti Sepanjang Minggu di Hospital~

Assalammualaikum semua....!
Wahh....lamanya aku tak mengupdate blog!T.T~
Korang rindu kat aku tak???okie2....aku pun rindu kat korang!!hehe...^^~
Mungkin ada yang tak tahu..kisah di sebalik kesepian yang melanda blog aku nie...
Alkisahnya...
Aku telah dimasukkan ke hospital selama 9 hari. Sebabnya, aku telah menjalani pembedahan untuk membuang appendix aku yang telah hancur berkecai dalam perut aku nie. Sakit W00oooo~~!!
Alhamdulilah pembedehan berjalan lancar dan aku ditahan wad selama 9 hari..!
Itu je lah alkisah di sebalik kesepian yang melanda blog aku nie..=)
Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada insan-insan yang banyak membantu meringankan beban aku di hospital especially abang Izzuddin, housemate aku yang tercinta...Irfan yang banyak melayan karenah aku kat hospital tue, Acai yang memasak untuk aku, Pizi, Syafiq tak lupa juga jiran rumah sebelah yang banyak membantu aku!Thanks all!!<3~
Pada ustaz-ustaz dan kawan-kawan batch yang datang melawat aku pun terima kasih jugak!Ada yang masak untuk aku tue pun terima kasih jugak okie!!^^~
Semoga Allah membalas jasa korang!Waahhh....terharunya aku...!Ada jugak yang caring kat seorang musafir di negara orang nie...tissue please!T.T~

Saturday, January 8, 2011

~Hujan "EMAS" di Egypt!~

Korang mesti penah dengar pepatah melayu yang berbunyi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendri".....kan???
Hahh...kalau nak tau...sekarang nieyh aku dapat merasai hujan emas tue!haha....jangan jeles okie!^^~
Korang memang tak perlu jeles dengan aku pun...aku lebih suka hujan kat Malaysia kowt...walaupun dalam muka buku aku tue aku tulis rindu rasa hujan...tapi bila hujan dah turun kat egypt nieyhh...laen pulak rasanya!=.="


Nie gambar cuaca mendung yang aku tangkap petang tadi....




Then tak lama tue...turunlah hujan emas yang aku maksudkan!Kalau nak tahu...hujan nie memang warna emas okie!Kalau kena kat baju..nak-nak kalau baju warna hitam..memang baju korang akan bertukar jadi emas..!haha...=P


Nie pulak gambar anak jiran sebelah aku gayat tengok hujan..almaklumlah...egypt nie jarang benar hujan![Cakap orang...dia pun same gayat!haha~]

KESANNYA.......



Nie laa yang aku tak suka bila egypt hujan..jalan-jalan yang sangat berdebu dan berpasir kat egypt nie akan jadi seperti dalam gambar nie..!Tapi..apakan daya...demi memenuhkan tong perut aku pada malam tue...aku redah jek jalan yang berlecak-lecak dan sangat licin nie...dalam hati bayangkan aku tengah jalan kat jalan yang dilimpahi coklat!Yummy...!!^^~

Saturday, January 1, 2011

~Corat Coret Makan~

Amaran: Sila pastikan perut anda penuh sebelum baca post ini!!=)


Siapa yang tengah lapar kat sini???Cepat goyang perut!hehe...Sekarang nie aku nak cerita lak pasal benda yang PALING aku suka buat...tak kira masa...tak kira tempat!0oppss...tempat tue kira sikit..Tak kan lah dalam tandas pun aku buat benda nie kan??
haha...ok2....yang PALING aku suka buat adalah MAKAN!
Siapalah kat sini yang tak suka makan kan??cuba habaq mai sikit!!
Kecuali lah kalau ada dalam kalangan korang yang tengah ON D sekarang nie kan...o0pss...siapa yang terasa??@@~
Adehh....berapa banyak lagi aku nak melalut nie daa...~
ok2.....straight to Ampang point...bukan-bukan!Straight to the point ok..
Sekarang nie aku nak memperkenalkan kat korang semua antara Restoran makanan segera yang agak femes kat Egypt nie...especially kat Tanta nie.
Nama Restoran nie ialah Cook Door.Kalau kat Tanta nie restoran nie terletak betul-betul kat jalan yang menghala ke Awaal Bah..tempat yang untuk membeli-belah yang aku tunjuk dalam coretan yang terdahulu tue..



Kalau tak ada apa-apa aral yang melintang ataupun yang menghalang, aku dan kawan-kawan aku suka lah jugak menghabiskan masa dan wang untuk memenuhkan tong perut kami kat sini ataupun kat mana-mana restoran makanan segera yang lain!hehe...^^~
Tapi kami suka jugak memasak kat rumah okie...FYI, yang baju putih dalam gambar kat atas tue lah rumah kami punya chef.Pandai masak mamat tue...!Bertuah siapa yang dapat kahwin dengan dia...0oppss...terlebih sudah!=.="~





Amacam??nampak macam best kan makanan kat sini???Memang best pun okie!Restoran nie menawarkan pelbagai jenis makanan segera je ok!Ceyhh....tolong promosikan pulak aku nie!
Ini lah antara makanan kegemaran kami yang selalu kami order kalau kami lepak kat sini..!
Kalau korang ada masa, cubalah makanan kat sini dan rasa keenakan makanan kat sini..!=)